Friday, February 27, 2009

Jgn Beli Coke @ Pepsi..

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

Disampaikan oleh seorang sahabat.....
Assalamualaikum kengkawan...
last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita...
dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.
Allahuakbar!

I have Been Tagged by Ladydearena

Oh tidak... kena TAG lagi...

100 Truths About Me, Myself and I

001. Name →Nur Azirah Mohd Salleh
002. Nickname(s)→ Azie, Azirah
Mana soalan no 003???
004. Zodiac sign → Taurus
005. Male or female → Female
006. Elementary → Sekolah tadika kat Kluang, Johor
007. Middle School → SK Pmtg Bertam
008. High School → SMKA (P) Almashoor, Sm Teknik Butterworth
009. College School → PSA
010. Hair color → Black, i think la..
011. Long or short → Middle.. hehehe...
012. Loud or Quiet → Both
013. Sweats or Jeans → Jeans
014. Phone or Camera → Phone!!
015. Health freak → No...
016. Drink or Smoke? → Sure la tak...
017. Do you have a crush on someone? → Yes.. my hubby la.. :)
018. Eat or Drink → both... blh?
019. Piercings → Ears
020. Tattoos → Never...

FIRST:
Soalan 021 & 022???
023. First piercing → masa kecik lg... erm... umur 8 thn rasanya...
024. First best friend → entah la...
025. First award → Award yg tak leh lupa masa umur 12 thn.. juara merentas desa..
026. First crush → Buku memori tu dh buang la....
027. First pet → Tak der rasanya..
028. First big vacation → Genting Highlands.. time study dulu...
030. First big birthday → Tak pernah ada.. huhuhu... tp junior prnh wat supprise sekali kat PSA.
Terharunya...

CURRENTLY:
031 sampai 048????
049. Eating → Aper- aper jer...
050. Drinking → Ice lemon tea
051. I'm about to → do my work.. kat opis lor...
053. Listening to → bunyi keypad... hahaha...
054. Plans for today → Mlm nie nak pi ambik my baby.. rindu nyer...
055. Waiting for → Naik gaji, bonus lebih, harga tol turun balik, erm... nak pergi bercuti la.. tension nie...

YOUR FUTURE:
056 & 057???
058. Want kids? → Sure.. tp bg baby ni bsr sikit dulu..
059. Want to get married? → dah kawin pon...
060. Careers in mind → Keje yg lbh bagus, lbh dkt dgn umah...

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
061 - 067????
068. Lips or eyes → both...
070. Shorter or taller? → Husband mmg tinggi pun...
072. Romantic or spontaneous → Dlm sesetgh hal hope he is romantic.. and spontaneous.
073. Nice stomach or nice arms → Arms..
074. Sensitive or loud→ entah...
075. Hook-up or relationship → relationship laa..
076. Trouble maker or hesitant → sure la not trouble maker.

HAVE YOU EVER:
077 - 079????
080. Lost glasses/contacts → No
081. Ran away from home → Never..
082. Held a gun/knife for self defense → No
083. Killed somebody → OMG.. No...
084. Broken someone's heart → Hmm... pernah kot.. dah hati tak berkenan.. Sorry la erk.
085. Been arrested → No.. budak baik.. hehehehe...
087. Cried when someone died → yaaa... last year.. nenek meninggal.

DO YOU BELIEVE IN:
Soalan 088???
089. Yourself → yes..!
090. Miracles → yes..
091. Love at first sight → Yes..
092. Heaven → yes..
093. Santa Claus → Ader ker? Maskot jer yg ada.
094. Tooth Fairy→ No...
095. Kiss on the first date → NO..

ANSWER TRUTHFULLY:
Soalan 096???
097. Is there one person you want to be with right now → Yes!
098. Are you seriously happy with where you are in life → Yes!
099. Do you believe in God → Yes..
100. Post as 100 truths and tag 20 people→ 20 org.. sorry la tak cukup korum..
I tag Pn Suri jer.. hehehe... Sorry Pn Suri... :)

Thursday, February 26, 2009

Ayat- Ayat Cinta

Khas Buat Suamiku....

Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Ketika ku bersujud

Atasi Tekanan Anda..

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, tp kita masih x terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja @ kehidupan seharian. Pelbagai tekanan yg dihadapi akan menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak terlaksana.Tak mustahil bg seseorg yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa hingga ke rumah dan anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Bila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), x kira kecil ataupun besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda.
Cuba fahami unsur-unsur utama yg boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Ubah tekanan anda kepada satu "motivator"dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Wednesday, February 25, 2009

@ Sungai Congkak...

Well... last week aku pi sg congkak with my hubby...
actually tak rancang pun... my hubby la, tiba2 jer ke sana...
wah mmg cantik tempat tue... aku nie mmg suka air terjun...
tp frust sikit la coz tak bawa baju...
kalau tak dh lama aku terjun... berendam dlm air tue...
sure seronok kan... frust nyer aku time tue...
huhuhuhu....
But my hubby plan nak pegi situ lg len kali...
hope my hubby kotakan kata2 dia...
hehehehe...
here is some picture @ sg congkak...

Cuba perhatikan betul2.. ada batu2 kecil yg disusun tinggi kat tgh2 tue... very nice

Siap ader tapak khemah lagi.. banyak zon plak tue...

yang nie plak dia punyer chalet... salah satu yg ada la...

hrmm... yg nie tapak utk BBQ.. senang kan...

Ada lagi picture yg cantik kat sana.. tp dlm komputer husband la... nnt jer la aku upload lain..

Just For Fun

Ader ker org buat mcm nie??


Ouch... kalau la betul.. sure dh kena saman saper yg buat gelongsor nie


hahaha... muka sapa yg mcm nie?

Hrmmmm... anak saper la nie...

Wah.. ganasnyer muka dia...

kalau la ader sign macam nie... hehehehe...

hah!! nie nak tgk yg mana 1 nie?

semuanya tak bleh... dah tu cam na...

Sah Aku Tgh Tensen...

Aduhai... sesungguhnya di sini aku ingin membuat sedikit pengesahan...
aku telah disahkan tensen yg teramat...
tp blm kritikal lagi erk..
hahahaha...
why? knp aku ckp cam tue?
well.. begini citernya...
lunch time td.. disebabkan aku tensen+mls nk dok kt opis...
aku pun kuar ke umah mak mertua aku...
nak tgk anak aku.... Muhammad Ali Imran...
actually dekat jer dr opis aku nie...
aku pun slowly drive kete aku...
otak ntah melayang ke mana...
tiba2....
eh.. nie jln nk balik umah aku.
bkn nak ke umah mak mertua aku...
Ya Allah.... aku dh salah jln lor...
haiii... naper ngan aku nie...
so, terpaksa la aku main pusing jalan jauh....
hahahaha... pada muka...

disebabkan hal ini maka aku mmg disahkan tensen...
huhuhuhu....

Argh... Tensen..Tensen Sungguh...

Hmmmm... naper ntah ari nie aku rasa tensen yg teramat...
Actualy bkn baru ari nie... since awal minggu lg...
tp yg pelik bin ajaibnya... aku sendiri tak tau knp aku tensen sgt...
mcm serabut semacam jer kepala otak aku nie...
serba tak kena dibuatnya... puas aku piki...
aku selidik... kaji... still tak jmpa punca aku jd tensen sebegini...
hahahaha... aku rasa post aku nie pun dh mcm org tak betul kan???
x perlah.. maybe dgn cara camni aku leh kurangkan sket tensen aku nie...
for ur info tensen aku nie makin bertambah pg td...
knp?
coz...pg td aku dh kuar awal dr biasa dh...
tiba2 ujan... oklah 2, rahmat Allah utk umatnya...
yg membuatkan aku sakit ati, aku terpaksa menempuh jemm yg teruk...
dr susur seksyen 15... accident 3 bijik kete...
sampai kat tol batu 3 pun jemm lg...
kat tol tu dh mmg alwiz jemm.. aku mmg dh tau sgt la...
masuk susur subang pun jemm jugakkk...
geramnya aku... biasa nyer tak jemm pun...
kul 8 aku still kat dpn sunway piramid lagi...
argh... jwbnya aku lmbt la ari nie...
hmmm... zikir azirah.. zikir...
ingat Allah... sabar byk.... kata hati aku....
lps jer tol sunway... jln dh ok..
line clear... Alhamdulillah... lega la sikit...
aku pun speed lebih la sikit ari nie...
yelah.. dh lewat nie...
elok keluar susur NPE nak ke opis aku jem jugak lagi...
Ya Allah.... kesabaran ku teruji sgt ari nie..
kenapalah ari nie jemm teruk sgt...
blh kata semua jln plak tue...
sampai tmpt parking dh hmpir penuh...
Syukur la dpt gak parking walau nun jauh ke dalam...
tak per lah... yg pntg aku smpai opis dgn selamat walaupun aku terlewat...
mmg ari nie dlm sejarah la nmpknyer...
huhuhuhuhu....
toce ..arigato.. vanakem... welkam...
tata .. aku tensen hari ni..
huhuhu....


Tuesday, February 24, 2009

Aksi- aksi Yang Mencuit Hati...

Pada tanggal 22nd February 2009, awal2 pagi lagi Ali Imran dah bgn...
Hmmm.. dia mmg tak bg mama dia peluang bgn lambat di hari minngu nie tau...
bertuah sungguh tau anak mama nie...
Tp bagus jugak... blh mama iron baju..
Ali plak dok tgk tv diam2 tau...
Ayah?? Tu ha tgh tido lagi... hehehehe...
Kat sini ada bbrp picture yg menarik yg sempat mama capture...
jom kita tgk... sapa yang kena... hehehehe....

Time nie anak mama tgh kusyuk tgk tv.. entah lagu apa ntah time tue..

Eh.. sempat bagi pose menarik tuk mam erk sayang... :)

Hah nie aksi manja yg Ali Imran suka buat...

Tgk tue... Ali Imran dh pandai pegang permainan.

Hmmm... semua benda sure akan masuk mulut...

Mama! tgk nie Ali Imran ada mainan...

Mama... jom la mandi. Ali nak mandi lor...

1st Day In Baby Walker...

Actualy gambar nie dah lama nak di uploadkan...
Tp sorry la baru ari nie boleh upload...
1st day Muhammad Ali Imran duduk dlm walker...
Seronok plak tgk dia dok dlm walker tue...
Bertarikh 7 February 2009. Pada jam 14:17, Ali Imran mula duduk dlm walker.
Cewah... suker benar anak mama nie... :)

alahai suker nyer anak mama dapat naik walker...

ish.. sempat isap jari lagi... suker la tue.. :)

wah.. pantang diagah... gelak besar erk...

hah tue naper plak tue sayang...?

My Baby Kena Inject...

Location : Klinik Nik Suzet
Date : 21 February 2009

Time : 10:50 am

Latest Weight : 6 kg

Klinik Nik Suzet... Tempat di mana Ali Imran kena cucuk...

Di sinilah Imran menjadi Hero... Yeah...!


Here is my Hero... Siap jd model majalah tue..


Time baru sampai klinik.. Ceria sentiasa..


Nie bkn nangis nak kena cucuk @ dh kena cucuk.. tapi sebab dia dh ngantuk...

Last Saturday, 21st Feb 2009 get his 3 months injection...

cian anak mama..tp mama tau sayang mama nie kuat..

sayang mama nie sikit pun tak nangis..

bagus betul anak mama nie..

alhamdulillah...

Friday, February 20, 2009

Geng; Pengembaraan Bermula

Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Betul... Betul.. Betul...
Dh tgk filem 3D made in Malaysia; Geng: Pengembaraan Bermula? Kalau blm tgk, baik cpt2 pergi tgk... Tp jgn plak pi tonton Geng kat panggung kalau pergi sorg2... Bawa kawan² tengok sekali, baru layan. Gelak sakan sama² barulah best. Sebab filem animasi ni best, jadi gelak pun bestlah hahahahaha....
Actually aku dh tgk masa ari pertama filem nie ditayangkan... tp sorry la bru ari nie blh post ttg citer nie... mmg best la.. puas ati... walau pun di hujung citer ni cam dh tak brapa best sbb dh byk sgt masuk unsur2 yg sukar diterima dek akal... Tp yg best nya... ada satu part tue.. upin, ipin & rajoo nmpk sekor binatang ganjil (opet) bwa durian kt blkg semak, so upin cakap la "eh.. apa tue?"... Tiba2 ada sorg budak kat dlm panggung tu jwb.. "durian la...." hahahaha... apa lagi... satu panggung pulun gelak dgr jawapan budak tue... nampak sgt bdk tu betul2 tgk citer nie kan... walau apa pun aku mmg puas ati...

Sinopsis
Animasi ini mengisahkan Badrul yang pulang ke kampung dan mendapati kampungnya sedang berhadapan dengan satu kejadian misteri. Misteri kehilangan durian dikampungnya itu dikaitkan dengan kewujudan "hantu durian". Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.
Bersama sahabat baiknya Lim, mereka yang pada mulanya tak mengendahkan soal kewujudan "hantu durian" itu, terpaksa terlibat dalam satu kes penyiasatan apabila tiga orang kanak-kanak yang turut bersama mereka (Upin, Ipin- yang nakal dan Rajoo- yg blh komunikasi dgn haiwan) tersesat didalam hutan. Bersama Ros (si jelita kampung), mereka bertiga membantu mencari kanak-kanak tersebut, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri. Tanpa menyedari yang mereka sebenarnya berhadapan dengan sindiket menyeludup haiwan eksotik yang dilakukan oleh sekumpulan pemburu haram.



Watak dan Perwatakan

Badrol (Izwan)
Seorg bdk yg bersahaja, suka bersenang- senang serta suka bertindak ikut gerak hati. Badrol suka berlagak macho and berani. Sewaktu kecil dia tinggal di kampung dgn atuknya.. tok dalang. Dah besar dia dok KL dgn mak ayah dia. Setelah berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung.
Lim(Kee Yong Pin)
Bdk yg paling pintar & lbh byk buat pertimbangan & perancangan berbanding yg lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia suka bawa alatan yg tak penting. Ini juga menbuatkan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Bdk kecik yg cergas, periang, mesra & jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya ‘Sapyyy’. Dia gemar menyanyi & menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain2 tak percayakan dia.
Ros (Balqis)
Gadis paling jelita di kampung tapi dia tak selurus yg disangka. Dia kena tlg neneknya jual snek sambil menjaga adik-adiknya yg suka melibatkan diri mereka dlm masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering membuatkan dia marah.
Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yg suka berkeliaran dgn kaki ayam, sambil mencari keseronokan di mana saja mereka ada. Sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal & degil. Upinlah yang lebih tua & ada sehelai rambut pada kepalanya. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Macam nak pecah perut!
Cerita diorang ni memang buat panggung tak berhenti ngan bunyi orang ketawa. Macam nak pecah perut gelak sepanjang cerita ni. Tapi rasa cam watak utama cerita ni Rajoo. Juga Oopet, iaitu sejenis haiwan yg blh memahami bahasa manusia. Upin & Ipin agak tenggelam, tapi telatah & celoteh diorang berjaya mencuit hati penonton. Kalau takde Upin & Ipin suram rasanya filem Geng tu nanti. Tapi aku suka watak Rajoo hoho. "Sapyyyy..Go!".. Mula ula aku expect semua geng upin ipin la ada kan, fizi semua. tak sangka pulak tiba tiba ada watak cucu tok dalang ni huhu. Rajoo ni memang kelakar tersangat. Blh cakap dgn haiwan plak tue... Dialog dia yg tak leh lupa - Ayoyo Ipin, jangan!! Fikir masa depan!! And lg satu.. "Sapyyyyy.. Go!" Hahaha. (tak mampu nak cerita betapa lawaknya cerita ni - korang kena tengok sendiri la!)

Keberkatan Sumber Rezeki


Skrg nie zaman kegawatan ekonomi dah kembali... kesian jugak bila dgr ramai yg kena berenti keje... mcm mana diaorg nk bg anak bini makan?? Itulah.. dah nasib diaorg kan... Nasib kita sendiri pun blm tau... Takut juga kalau benda mcm nie jd kat kita... Mintak simpang la... Perasan tak, tiap kali lepas sembahyang kita mesti akan berdoa.... "Ya Allah ya Tuhanku, murahkanlah rezeki ke atas ku..." Namun.. apa yg menjadi persoalannya kebanyakan kita hanyalah kerja makan gaji dah la tue gaji pula tak berapa banyak... cukup makan jer... kalau lebih pun tak byk mana pun.. so.. camna rezeki nak murah sedangkan pendapatannya dah mmg tetap tiap bulan? InsyaAllah.. ada, cuma kita yg tak sedar...

Sebenarnya murah rezeki ni tak derla dapat duit yg lbh dari biasa. Kalau sihat tubuh badan... jauh dari bala bencana pun blh dikatakan murah rezeki juga. Betul tak? Yang penting kita kenalah sentiasa bersyukur dgn apa yg ada... Bayangkan lah... kalau gaji tinggi, tp asyik sakit jer... sakit kronik plak tue... kena ulang alik hospital selalu... bil perubataan pun mahal. Tak bermakna juga gaji tinggi kan...? Murah rezeki bererti kita hidup selesa, x der utang, makan minum pun cukup dan kita sentiasa redha dgn apa yg ada.

16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?

Cuba kita tgk, org kaya.. hidup dia btl2 tenang ker? Betul2 aman ker? Mcm mana nak tenang.. nak aman... kejap2 org call kata kat sini ada masalah.. kat situ pun blm settle.. hati mula tak tenang... nak rehat pun tak sempat... apatah lagi ibadah...dah terabai. Bila ini terjadi adakah rezeki menjadi berkat? Dah tentu tak kan? And percayalah bila rezeki tak berkat, duit berjuta- juta pun tak kan pernah cukup...

29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

So pesanan utk kawan2 and diriku sendiri sebenarnya... Sentiasalah bersyukur dgn apa yg ada... Tak perlu la kaya smpai blh timbul riak. Yg penting hidup kita senang and bahagia.... InsyaAllah...



T.A.G by warnawarnisuri.blogspot.com


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
I think no... cause my parents never talk about that...


2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Last two night...feel stress and miss my little prince.. Muhammad Ali Imran...huhuhu...

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
Sometimes... when i’m not in lazy mood.. hehehe...

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
Ikan keli masak sambal... wow.. sedap tue...

5. DO YOU HAVE KIDS?
Yup... my ensom little prince... :)

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Yes.. sure i want...

7. DO YOU USE SARCASM?
Sometime... with my hubby.. tp kadang2 dia tak faham pun... (sorry bang..... :) )

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Ermmm... sure i have.

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Owh yes... Nak sgt... I love adventure..

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Honey gold....tp dh lama tak makan...


11. DO YOU UNITE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Yes... I think laa...

13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Any flavour also can...

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Their eyes

15. RED OR PINK?
Before this, pink... but now i think red...

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Erm.. now i’m a bit sensitive... dun’t know why...

17. WHO DO YOU MISS THE MOST ?
My hubby...

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
I hope...

19. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
Yellow kurung..... & dark blue shoes.

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
Suara boss tgh meeting dgn dept. lain

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
Same with Suri... blue or green.. mendamaikan...

23. FAVOURITE SMELLS?
Bau bunga ros... I love rose.. Hope I have a bundle of roses right now...

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
Adik kat Sabah...

25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Yes.. i do... lemah lembut org nya... senyum jer...
hehehe... macam bodek la plak erk... :)

26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Bergantung pada mood...

27. HAIR COLOUR?
Hitam... tp macam perang2 sikit... entah la.... hehehe...

28. EYE COLOUR?
Black i think... but in photo not realy black... dun’t know why...

29. DO YOU WEAR CONTACTS?
No... renyah la....
30. FAVOURITE FOOD?
Laksa penang... air tangan my mom...

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Scary movie... but my hubby don’t like it...

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
Upin & Ipin... Geng Pengembaraan Bermula... Best sgt... Betul... Betul... Betul.... :)

33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
yellow kurung

34. SUMMER OR WINTER?
Teringin nak rasa winter... Tp biasa la manusia nie tak pernah syukur dgn apa yg ada...

35. HUGS OR KISSES?
Bergantung kepada keadaan and dr siapa...

36. FAVOURITE DESSERT?
Anything... tp yg tak leh lupa... " da gun" (Kelapa Jelly) masa wedding sblh hubby... sedap nyer...
37. MOST LIKELY TO RESPOND?
Bergantung kpd mood...

38. LEAST LIKELY TO RESPOND?
Entah la...

39.WHAT BOOK ARE YOU READING?
Novel Alaf 21...

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
red blink2... same like suri...

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Desperate Housewife... tp kejap jer... dh tertido...

42. FAVOURITE SOUND(S)?
Yang menenangkan jiwa...

43. ROLLING STONES OR BEATLES?
Entah la...

44. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Blm pernah kuar dari Malaysia... Sabah & Sarawak pn blm smpai... :(

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
Yes i think.. Ala... semua org ada... just kdg2 tak perasan jer..

46. WHERE WERE YOU BORN?
Atas tilam... ehh.. yer ker? Entah la... Tp kat Pasir Gebu... Tau ker kat mane?

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
Buat masa skrg... just for Diana... (ladydearena.blogspot.com)
And kalau boleh my hubby... tp dia tak der blog...

Thursday, February 5, 2009

Mari berzikir, bersihkan hati..



HATI... kat situlah tersimpannya iman. Bila hati bersih iman akan kekal di dalamnya.
Iman tak bertahan lama & tak hadir pada hati yg kotor. Iman hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkan-lah hati selalu. Tp mcm mana nak dptkan hati yang bersih???
Erm... ini jawapannya ( i found it from internet)... Marilah kita sama2 renungkan serta amalkannya...

Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
  • Selalu mengingati (zikir) Allah. Dgn berzikir hati akan terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan serta emosi.

  • Hati ini haruslah sentiasa kita gunakan bg merenung & mengkaji ayat @ tanda kekuasaan Allah dlm setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah drpd segala sesuatu di sekeliling kita. Dgn hikmah yg kita dpt, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

  • Berusaha agar diri terus beribadat dgn ibadat yg terbaik krn ibadat yg khusyuk menghasilkan kekuatan yg begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
    Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
    "Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari."
    Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

"Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Surah 3: Al Imran Ayat 191

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "

Wednesday, February 4, 2009

Roda Kehidupan


Hidup ibarat roda, kadangkala kita akan berada di atas..
Kadangkala kita akan berada dibawah..
Ada juga yg cakap kehidupan ini juga ibarat kain putih yang telah diwarnai dengan pelbagai warna.
Bagaimana ia diwarnakan @ dicorakkan? Bergantung pada ibubapa serta diri kita sendiri...
Sometimes... Bila kita ada kat atas pun kita x segembira org yg berada di bawah..
Kenapa yer??
Mungkin kerana kita tidak menjaga kebajikan orang lain dan perkara-perkara yang sepatutnya kita jaga seperti solat, puasa, zakat, aktiviti kita seharian dan sebagainya.
Tp walaupun satu ketika tue kita ada di bawah kita tetap bahagia... ini adalah kerana kita dilengkapi dgn keperluan agama yang dituntut. Kita melaksanakan segala perintah yg dituntut oleh Allah SWT.
Namun kadangkala kita berada di tengah-tengah di mana bermacam jenis warna mewarnai kehidupan kita.
Kadang2 kita gembira... kadang2 kita berduka serta susah...
Sebagai manusia biasa, kita seringkali alfa.. terlupa utk melaksanakan segala tanggungjawab yg tlh Allah berikan pd kita...
Kita perlu sentiasa bersedia untuk berada di bawah dan jangan terlalu excited bila berada di atas, kerana sudah pasti kita takkan terus kekal di atas...
Kehidupan kita nie mmg mcm roda... tak stabil, sentiasa akan bergoyang, kalau tidak banyak, sedikit. Memang sudah menjadi lumrahnya.
Marilah kita bersama-sama mengatur laluan roda kehidupan kita, semoga stabil dan tidak melalui jalan2 kotor...


Mcm org besar...

This picture captured by my husband time kitorang jln2 kat IKEA...
bila tengok dia.. dh macam org besar...
tak macam budak umur 3 bulan...
bagusla... anak mama dh makin bijak...
and yg best nyer.. pandai posing depan camera erk... :)

Ali Imran Meniarap...

Gmbr ni my husband ambik masa ari ahad yg lps (01/02/09). Our baby dok try meniarap..

Wah! Anak mama & ayah dh blh meniarap.
Tp blm pandai tarik tangan lagi...
Mama... Imran dah letih la... Ngantuk pun ader..

Ayah.. cepat la ambik gmbr Imran. Penat posing nie...

Akikah & Potong Jambul Muhammad Ali Imran


Tarikh : 25 Jan 2009
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat: Kg Parit Hj Ibrahim, Johor.

Alhamdulillah... Ku panjatkan rasa syukur ini ke Hadrat Ilahi...
Atas rahmat dari-Nya, majlis ini telah selamat dijalankan.
Anak aku pun tak meragam... walaupun masa tue dia terjaga dari tido...
Bagus btl anak mama & ayah nie.... :)

Tok Ayah & Atuk berbual sblm majlis bermula

Pak Ngah, Mak Ngah & Pak Su dia pn turut memeriahkan majlis.

Bahan2 yg perlu disediakan sblm majlis bermula...

Limau, Cupcake, Telur Pindang & Gula2 utk tetamu yg hadir.


Suasana selepas majlis selesai.

Imran bersama atuknya selepas majlis.

Muhammad Ali Imran & ayahnya...

Three of us after the ceremony
Sayangnya byk gambar tak sempat diambil disebabkan kamera ada dlm poket baju my husband sepanjang majlis berlangsung...
Terpaksa la tunggu gambar yang telah diambil oleh my brother...
InsyaAllah... Bila dh dpt gmbr tu nnt, aku upload lagi...