Friday, January 9, 2009

Mendidik anak mengikut usia...

'Mendidik anak mengikut usia'....
Itulah tajuk sebuah artikel yg aku baca tadi...
Ingin sekali aku berkongsi apa yg tlh aku perolehi dr artikel ini...
Mgkn dpt memberi sedikit panduan...
Terutamanya buat mereka yg baru bergelar mama @ ayah....
Sprt aku dan suami.... :)

Benar...
Memikul tanggungjawab sbg ibu dan bapa bknn satu perkara yang mudah.
Matlamat keibubapaan itu sendiri perlu diketahui supaya anak dapat dibimbing untuk mencapai potensi menjadi insan yang berguna, bertanggungjawab & produktif.
Menurut artikel tersebut,terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui & diikuti oleh setiap ibu bapa.
Anak berusia 1 hingga 7 tahun perlu dididik secara bergurau & jgn dipukul.
Anak berusia 8 hingga 14 tahun, sebaiknya didik mereka dgn
disiplin, tunjuk ajar & kasih sayang.
Pada peringkat remaja iaitu 15 hingga 21 tahun, anak harus dididik mcm kawan, jgn dirotan & dimarah. Sebaliknya, dipeluk, dipujuk & menasihati mereka.
Selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu
bg kebebasan mereka membuat keputusan.
Utk mendidik anak, khususnya anak remaja, perhubungan & interaksi positif ibu bapa dgn anak perlu ada. Ia termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan & sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.
Peringkat usia 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal.
Ini adalah krn remaja akn alami pelbagai perubahan & perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi & sosial.
Pd usia 10 hingga 14 tahun, mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu & ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakkan. Justeru itu hubungan dgn keluarga amat penting, termasuk keinginan utk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.
Remaja peringkat pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya drpd keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa & mendesak. Mereka akan mula mencari identiti diri dgn cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan.
Pada usia 17 hingga 19 tahun, mereka lazimnya telah mengenali & menghayati identiti diri yg sebenar. Ikatan dgn rakan sebaya semakin berkurangan & beralih kpd individu berlainan jantina. Malah di peringkat ini keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka & mula berfikir untuk masa depan. Mereka bukan sahaja boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi juga daya fikiran & imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran & kerjaya.

Terdapat 4 gaya keibubapaan yg menjadi amalan ibu bapa hari ini tanpa disedari amat mempengaruhi seorang anak itu.
Empat jenis yang dimaksudkan:-
jenis A- Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang)
jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang),
jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang )
jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yg lbh berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan & amanah lbh berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.
Ibu bapa yg menggunakan pendekatan jenis D dlm mendidik anak merupakan ibu bapa yg seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak & meletakkan batasan yg jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan @ nafsu anak-anak.

Marilah kita bersama-sama renungkan... dan selamat beramal.... ;)

No comments:

Post a Comment

Feel Free To Leave Your Comment Lor....