Wednesday, November 18, 2009

Let's Get Organised @ bungakesidang.blogspot.com

Menarik, teringin nak join.
Tp, skrg bru dpt buat entry...
Kat opis ari nie x leh nak buka blog langsung...
Huhuhu...
Anyway, ttp bersemangat nak join..
Esok last date, so kena siapkan entry nie....

Okey, skrg jom kita tgk apa yg perlu dilaksanakan...

1. Letak gambar LET'S GET ORGANISED giveaway di atas di side bar blog anda
--> Ok. Dah dilaksanakan..
2. Buat satu entry bertemakan LET'S GET ORGANISED. Anda boleh berkongsi tips bagaimana anda organise/manage rumah contohnya dapur, bilik air, mainan anak2, kain baju dan pakaian, bilik study etc (ikut kreativiti masing-masing nak memilih)
--> Okey. Ni entrynya..

TIPS 1: Untuk memudahkan saya menyimpan brg2 mainan anak saya, saya sediakan bakul. Setiap mainan yg kecil disimpan di dlm bakul. Jadi setiap kali lepas main, saya cuba ajar Imran simpan mainannya ke dlm bakul.

TIPS 2: Sediakan bakul utk menyimpan pakaian kotor/ pakaian yg hendak dibasuh. Seperti saya, balik keje sampai umah dh dkt kul 6.30ptg, so nak kena masak lg. Kdg2 penat, x sempat nak basuh baju hari tu jugak. So, ltk dlm bakul baju kotor. Bila dah penuh/nak basuh, angkat jer bakul tue. Tak derlah baju kotor berterabur merata tempat. Biasakan diri basuh baju setiap kali bakul dah penuh. So, nnt x der lah timbul masalah x cukup ruang kat ampaian. And nak lipat nnt pun x der la menimbun sgt.

TIPS 3: Sidai baju... Saya akan pastikan baju yg nak diiron akan disidai dgn menggunakan hanger. Jd bila dh kering saya akan angkat and terus letak kat bilik blkg utk proses mengiron plak. So, x perlu la nak punggah tgk baju mana yg nak diiron bila nak mengiron. Jimat masa.

TIPS 4: Kalau anak2 jenis suka memunggah buku/ majalah yg ada, jgn ltk majalah di rak bahagian bawah. Pastikan buku/ majalah disusun kemas di atas meja yg ssh dicapai oleh anak2. Mcm saya, suka baca novel and majalah. So novel2 yg lama saya simpan dlm kotak utk sementara sblm saya sempat pasang rak buku.

TIPS 5: Dapur. Dapur rumah saya kecik jer. Jd rasanya x susah nak organise. Saya beli satu bakul utk letak pinggan basah/ pinggan yg sering digunakan utk harian. Segala periuk pula saya simpan di dlm almari. Begitu jugak dgn pinggan yg nak digunakan utk para tetamu. Dlm erti kata lain, brg yg jarang guna saya ltk dlm almari. So, x derlah penuh ruang kat luar.

TIPS 6: Sediakan satu kotak khas utk surat2 @ bil2 yg diterima. Jd nnt x derlah timbul masalah bil @ surat2 hilang. Mcm saya, saya beli box yg ada partition. So, satu ruang tu ltkkan bil2 yg blm dibayar. Yg dah bayar ltk dlm partition lain/ sekali dgn surat2 yg dh dibaca. So, sebln sekali ker boleh check box tu tgk la apa yg dh x perlu blh la dibuang.

TIPS 7: Gambar... Saya nie mmg byk sgt gambar. Tambah plak bila dah ada anak. X perlula cuci semua gambar yg ada. Simpan jer dlm laptop/ external hard disk sbg back-up. Kalau nak ltk dlm album pun blh. Tp make sure album tue di letakkan di satu tmpat khas. Or maybe blh simpan gambar tue dlm Photobooks.. Mcm yg suami saya buat. Decorate satu Photobook. Add sekali story. Mmg menarik. Kwn2 dtg pun pasti ada yg akan tertarik.. Hehehehehe...

TIPS 8: Beli satu kotak khas utk menyimpan cd-cd yg tlh ditonton. Bg saya ia nampak lbh kemas dr menyusunnya di atas rak..
Cukuplah kot. Saya nie pun sebenarnya bkn pandai sgt nak organise rumah. Tp sekadar berkongsi apa yg ada. Tak salah rasanya... Semoga dapat membantu.
3. Oleh kerana giveaway ini lebih kepada konsep sharing tips, jadi pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan undi.
--> Okey. Semoga saya lbh bernasib baik kali nie...
4. Setiap entry layak untuk satu undi. Walau bagaimanapun anda boleh menggandakan peluang dengan berkongsi tips lebih dari satu tempat/perkara (contohnya macam mana anda organise mainan anak2 dan organise baju ahli keluarga). Ini dikira sebagai 2 undi tetapi boleh combine dalam 1 entry sahaja.
--> Okey. Noted.
5. Setiap entry perlu disertakan dengan sekurang-kurangnya SATU gambar yang berkaitan.
--> Entry & gambar.. Semuanya siap.
6. Setelah siap tinggalkan link anda di bahagian komen
--> Okey. Done.
7. Tarikh tutup adalah pada 19 NOVEMBER 2009.
--> Orait.

Semoga ada rezeki saya utk menang...
Doakan saya yer...

No comments:

Post a Comment

Feel Free To Leave Your Comment Lor....