Wednesday, September 30, 2009

101st Post & Scrunchies Giveaways!




Tadi masa tgh jalan2 ke blog Dmasyari,
saya terjumpa satu lagi Giveaway...
A very simple giveaway from BoeyJoey
Untuk info yg lebih lanjut just klik kat picture yg ada...

Ada 2 scrunchies utk dimenangi oleh setiap pengomen yg ke-6
Maknanya.. pengomen ke-6, ke-12, ke-18 dan seterusnya boleh memenangi hadiah yg ditawarkan... See?? Very easy kan?
So..just try my luck.. Ada ong ka tak dak...
Hehehehe...
Wish me luck key...

Owh ya...
Kalau ada sesapa yg nak join, jgn lupa tinggalkan comment kat blog BoeyJoey
sebelum 09-OCTOBER-2009 @ 12.00 Midnight


Monday, September 28, 2009

Cutest Baby Pocoyo Contest : Pre-Loved Fisher Price Give Away

Salam lebaran..
Maaflah... Another entry ttg contest..
Tak tahu kenapa saya skrg nie semakin suka join contest2 yg melibatkan gambar Imran...
Seronok dapat kongsi gambar Imran dgn kwn2 yg lain...

Okey.. Nak celoteh panjang pun tak sempat..
So, we go straight to the point jer lah...
1st sekali nak bgtau yg contest kali ini di anjurkan oleh Mommy Ryan
Seorg ibu yg vogue.. Cantik.. Nie puji ikhlas tau... X der maksud tersirat..
And hadiah yg ditawarkan pun menarik...
So apa lagi.. Jom aar join.
And inilah gambar Imran yg saya nak tayangkan...

Okey, gambar dh selamat ditempek...
Sekarang meh nak describe skit pasal Imran ni..

1. Senyumannya memikat...
----> Imran mmg suka senyum. Kira murah senyumanlah. Kadang2 org tak senyum kat dia, tp dia dh senyum meleret. Tersengih sampai nampak gigi.. Kalau dia senyum, mmg blh buat org terpikat. Soooo sweet.... Bila mama & ayah marah dia pandai nak lembutkan hati mama & ayah. Terus tak jadi marah. And kadang2 tue tgh nangis, tiba2 dia boleh senyum.. Hurm, byk akal la pulak...

2. Comel..
----> Seorg anak yg comel.. Tu yg membuatkan ayah & mama geram tue. Tp bkn mamam & ayah jer yg ckp Imran nie comel. Ramai yg cakap mcm tue. Betul tak kawan2?? Erm.. Mama rasa sbb Imran nie putih kot. But for mama, walau mcm mana pun rupa anak mama nie.. Imran still comel.

3. Active..
----> Seorg budak yg sgt active.. Or maybe hyper active?? Hurm, mama pun letih melayan anak mama nie. Tak reti dok diam walau seminit. Ada jer benda yg dia nak buat. Dah tu kalau dpt main, x nak tido. Kadang2 sampai dh nak angkat mata pun dh tak larat, berdiri pun dah tak betul. Still nak main. Nie terlebih active mcm mama ker ayah nie???

4. Bijak..
----> Mmg seorg anak yg bijak. Cepat belajar dr apa yg dilihat. Bijak menjaga diri di tempat org ramai. Kalau depan org, baik sgt2.. Sampai makcik2 cakap x pernah dgr suara Imran nangis. Alhamdulillah, dia bijak menjaga tingkah laku di hadapan makcik2 dia.. Bijak memujuk.. Kalau mama marah, dia tahu. Faham dgn reaksi mama. And slow dia dtg, senyum meleret. Kadang2 tiba2 ketawa yg membuatkan mama x jd marah @ tak sampai hati nak marah...

5. Berani..
----> Hero mama. Kenalah berani. Itulah yg selalu mama cakap kat Imran kan. And Imran pun mmg berani pun. So far sepanjang dia kena cucuk, x pernah dia nangis. Dia rileks jer. Imran juga tak pernah takut untuk mencuba sesuatu. Lasak tu usah dikata. Skrg tgh seronok belajar bertatih. Sudah semakin maju sekarang nie. Tak pernah takut nak cuba melangkah lebih jauh. Jatuh terlentang tu usah dikata lah.. Berdiri blm stabil dh terus nak melangkah kehadapan.. Baguslah, anak lelaki.

6. Kalut..
----> Nie satu lagi sifat Imran yg nampak ketara sangat... Kalut @ kelam kelibut.. Semuanya dia nak cepat. Merangkak nak cepat. Sampai tersembam ke lantai sebab tangan bersilang. Berjalan pun nak cepat.. Berdiri blm betul2 stabil, dh terus nak melangkah. Bangun berdiri, pusing dan terus nak jalan. Mcm mana tak jatuh. Kalau mama @ ayah pimpin tgn utk jln, lagilah. Kaki melangkah laju jer. Mula la tersilang kaki tue.. Hurm.. Bila la nak berubah...
Okey. Settle.
Sekarang jom kita layan gambar2 Imran memakai snow cap.
Hehehehe...
Imran mmg tak suka pakai snow cap sebenarnya.
And bkn snow cap jer.
Dia mmg tak suka letak apa2 atas kepala dia.

Thursday, September 24, 2009

My Little Touch: 5th Blogoversary Giveaway

Congratulations buat Cik Azie from Puncak Alam di atas ulangtahun blognya yg ke-5..
Huhuhu... Dah lama berkecimpung dgn dunia blogger.
Bkn mcm saya nie, baru sethn jagung.
Okey, Giveaway kali ni memang cute2 sgt hadiahnya...
Tak caye? Jom kita usha sikit hadiah yg Cik Azie nak bagi nih...

And this is the BONUS GIFT

3 skeins of Six Strand Sweet floss as a bonus gift

Hah.. Amacam? Ada yg terpikat?
Kalau ada, jgn malu, jgn segan...
Jom kita join Giveaway nie.
Tp, klik SINI dulu utk laksanakan syarat2 penyertaan..
"Tiru macam saya...." Hehehehe...

** Add My Little Touch banner & links to your blog lists - SIAP
** Follow Me - Dah Follow
** Promote My Little Touch 5th Blogoversary Giveaway in your latest blog entry - DONE
** Leave your comments about me or My Little Touch in THIS entry ONCE and dont forget to leave your link too - Dah Buat
** And lastly, inform me your participation via email : liltouch@gmail.com -
Ok. Selesai.

Sunday, September 20, 2009

Zaza Hardy Giveaway

Salam semua...
Maaf la sbb lama tak bersiaran langsung di blog..
Hehehehe...
Balik beraya di dua kg...
Shah Alam ke Penang.. Kembali ke Shah Alam kemudian ke Johor...
Huhuhuhu... Utara Selatan...





Okey.. 1st entry slps kembali bertayangan di sini...
Come join saya jugak kat SINI
Ada apa? Erm... Ada lovely giveaway!
Walaupun saya nie mmg selalu kurang bernasib baik dalam sesi giveaway, tapi rasanya x salah mencuba...
Rezeki, siapa yg tahu...
So kepada yang sentiasa ada "lucky" @ ingin mencuba "lucky" anda, come join me.
Anyway thanks to Zaza for love giveaway.



Tuesday, September 15, 2009

Wanita, Perempuan & Ibu...

Saya telah menerima email nie drpd seorang kwn dr Penang...
Tiba2 terasa nak kongsi dgn kawan2 yg dtg menjenguk teratak saya nie...
Marilah kita sama2 berkongsi ilmu yg diperolehi...


*************************************************************************************
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.


Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)


Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "





Monday, September 14, 2009

Kad Raya Khas Buat Teman2...

Oleh sebab dah ramai kawan2 saya yg bg kad raya,
Saya pun nak bagi kad raya jugak...
Walaupun mungkin ada antara kita yg tak pernah bersua muka...
Sudilah kiranya teman2 semua mengambil kad nie...
Maaf lah, tahun nie mmg saya tak pos kad raya kepada sesiapa pun..
Walau apa pun. Kad ini ikhlas dr saya sekeluarga.

Kepada teman2 yg akan pulang beraya di kampung halaman...
Pandulah dgn cermat..
Berhati-hati di jalan raya...
Ingatlah insan tersayang...
Dan jgn jadikan ini tahun terakhir kita beraya...


Kad raya dr teman2 bloger...

Ari nie saya telah menerima 2 keping kad raya dr rakan2 bloger saya...
Alhamdulillah.. Makin bertambah kenalan saya di alam maya ini...
So, dgn berbesar hatinya saya nak tempek kat sini...

From: Kak Yong




Thanks a lot to kakyong & mama tisya diatas pemberian kad yg begitu cantik..

Edit: Today 15/9/09, saya telah menerima 2 keping lagi kad raya... Seronoknya bila ada ramai teman di dunia bloger nie. Boleh saling bertukar kad raya... Terima kasih byk2 kepada Intan Nurul Fateha , Kak Halen and MamaDanish diatas pemberian kad raya. So saya tempek kat sini buat tatapan di hari mendatang... :)




From: Kak Halen


From: MamaDanish






COOLABABY ClothDiaper GIVEAWAY !!!


Kali ni saya nak join giveaway anjuran Pn. Sarah Rahim
Kalau menang giveaway nie mmg best la...
Sebab hadiah yg ditawarkan adalah
1WETBAG + 1CD(w. 1 insert) + 1cute legging!
Wuishhh... memang menarik sgt2...
Ramai yg mmg dok promote pakai CD..
Sebab apa? Hurm mcm apa yg Pn Sarah cakap dlm blognya...
Kenapa patut guna Cloth Diaper?

Tambahan pulak saya mmg tgk men 'survey' ttg CD nie...
Ish mana tau kalau ada rezeki Imran... Boleh dapat FREE...
And boleh try penggunaan CD nie pada Imran.
Lagipun giveaway nie kira ikut untung nasib la.. Sebab pemenangnyer akan dipilih mll cabutan bertuah yg akan divideokan nnt
CD yg ditawarkan pun bkn calang2 brand, Coolababy...
Lagila saya suka. Design2 dia semuanya cantik2...
Kepada sesiapa yg berminat nak join blhla jenguk blog Sarah Rahim bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang syarat-syarat yg diperlukan...
Boleh juga dptkan sebarang info ttg CD nie..
And kalau ada yg berminat nak beli CD, boleh terus pilih & order jer kat SINI.
Bersempene dgn shoping sakan nak rayer..
Untuk sesapa yg beli CD ni b4 balik rayer 18 Sep 09...
HARGA SHOPING RAYER hanyalah...RM32.00 shj!!!(market price range RM37-RM43)
** Jgn risau...kalau takut xsempat nak beli...Blh booking dgn 1/2 harga dulu..
Harga berpatutan. Cepat, jgn ketinggalan.
PANASSS! PANASSS! GORENG PISANG PANASSS...

2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest

Salam Ramadhan...
Okey, 1st entry for today is about a contest...
Sorry.. I want to join another contest today... Hehehe...
Okey, this contest organize by mummyameer
Its was a very simple contest...
So, lets join thic contest...

This time about "2009 Cute Baby In Stroller/Pram Contest"
Mmg best la tittle dia... Menarik... Tertarik????
Feel free to visit mummyameer blog for more info.
And follow this few step...
1. Of course u must be the follower of mummyameer ---> Okey, dah follow.
2. Sila add dan link kan banner di sebelah pada sidebar. ---> Dah add & dah tempek cantik2 pun.
3. Buat special entry utk contest ini dan sertakan sekali sekeping gambar baby/toddler di dalam prams ataupun stroller anda. ---> Harap2 dapat menambat hati juri.
4. Link kn blog mummyameer. ---> Already done.

Contest bermula dari 8 September 09 hingga 15 September 09...
Owh, today is last day... Cepat2...
Hehehehe...
Rileks.. Rileks... Jgn dok gelabah...
Ada masa lagi. Sbb nyer mummyameer dgn baik hatinya dah lanjutkan contest nie..
Hah nie ayat yg mummyameer tulis "p/s : CONTEST INI DILANJUTKAN SEHINNGA 23 SEPTEMBER 2009! DAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 29 SEPTEMBER....( sbb N nk raya sakan .... )"
So, kalau tak der picture, sempat lagi nak pi snap...

Okey, x nak bebel panjang2... Jom kita layan gambar Imran bersama stroller nya...


Sunday, September 13, 2009

Balik Kg. Johor- Part 5

Dah abis main kat dlm umah...
Ayah dia bawa keluar main buaian kat luar plak..
Kat kg atuk ada buaian... Makcik2 dia punya la tue...
My hubby pun bagi la dia naik buaian tue...
Seronok dia, tak pernah naik...



















Balik Kg. Johor- Part 4

Hurm... Sambung lagi.
Ini merupakan aksi @ aktiviti Imran selepas masuk dlm rumah..
Mmg tak reti dok diam...
Penat mama nak kepung dia..
Sabar jer lah...
Tu la, suruh jalan cepat2 tak nak...




















Saturday, September 12, 2009

Balik Kg. Johor- Part 3

Hari Ahad pagi...
Awal2 pagi dia dh bangun...
Ya Allah... Sabar jer lah...
Disebabkan dah tak tau nak layan mcm mana...
Penat kejar dia...
Saya pun bawa la dia duduk makan biskut dia kat beranda depan umah atuk..
Hurm... Excited dia tgk tempat semua luas & lapang...