Friday, October 30, 2009

Picture @ Gunung Kinabalu- Part 1




The Perfect Gift @ Second Time Parenthood


Anda berminat nak join giveaway?
Menambahkan lagi koleksi penyertaan contest?
Pastinya ingin menjadi pemenang??
Apa tunggu lagi. Jom la join Giveaway anjuran Secondtimeparenthood .
Utk keterangan lbh lanjut, klik kat sini ----> Secondtime Parenthood .
Mudah jer. Just bg sedikit idea about The Perfect Gift, tinggalkan comment anda di Secondtime Parenthood. Mungkin anda... Atau saya menjadi insan yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan...
Just want to try my luck... Hope i can be the winner...
a. What is the Best gift you have received/given and what makes the gift a perfect gift?
Watch from Swatch. Giving by my husband during my birthday. Its very nice cause I will wear it whenever I go. So... I can feel like my husband was always with me. Jauh di mata dekat di hati... ;)
Climbing Mount Kinabalu with my hubby.. Wow, realy excited bila dpt melihat view yg cantik di atas gunung bersama yg tersayang. And berjaya sampai ke puncak bersama hubby..
b. What is the perfect gift you have in mind for just anybody?
For anybody.. Hurm.. Chocolate. Its bring the meaning of love. Simple, but perfect for anybody. Or maybe a t-shirt, frame @ key-chain.. Simple, tp akan diingati.
c. Have you done any online shopping? Either yes/no, share why and what would make you do online shopping for gift.
Online shopping.. Erm.. So far not yet. Cause I’m still new with all of this. Baru menceburi dunia alam maya... ;)
d. Share at least one online shopping site/shop you like most.
(you can share as many as you like but it must be a valid site together with a valid/your reason for choosing it).
1. Ebay.com lots of choice- 1st online shop i know.
2. http://miela77.blogspot.com/ - I always read her blog but until now never buy anything yet. Now she already open shopping blog.
3. http://www.rainhousecottage.blogspot.com - English syle. Suke tgk..
Puan penganjur... Pilihlah saya erk... ;)
So, kpd kwn2 yg lain. Tunggu apa lg..
Cepat2, jgn ketinggalan. Hantar entry anda sblm 15 November 2009.

Wednesday, October 28, 2009

CONTEST "BESDAY GURL BAIK HATI"


Another contest..
Anjuran Norida
Cara nak join mudah jer, just bg sedikit komen mengenai blog AYUNICOLLECTION'S..

--> Okey. Its a simple & nice blog. Bg saya blog nie mmg menarik sbb ia menampilkan rekaan tudung & shawl yg terkini... Malah corak2 yg terdpt dlm blog ini sgt menarik & tak prnh jumpa kat supermarket @ kedai... And lbh best harga yg di letakkan berpatutan.. Siap ada cara nak pakai shawl lagi..

MY FUNNIEST BABY CONTEST


Satu lagi contest yg saya nak join..
Di mana saya perlu menempek gambar aksi Imran yg paling lucu...
Hehehehehe.. Ader ker?
Nnt la saya godek2 trg dlm pc my hubby. Hope ada la...

Okey, contest kali nie merupakan anjuran UmiDanish
Akan berlangsung dari
20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Terbuka kepada kanak2 berumur 1 bulan hingga 3 tahun

Dan terbahagi kpd 2 kategori iaitu:-
Kategori A : Baby Gurl
Kategori B : Baby Boy
Hadiah yg ditawarkan berupa:
- 1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari Babyumishop

---> Butik ibu & anak. Menjual pelbagai barangan utk ibu & bayi. Nappy wetbag, laundry bag serta cloth diaper boleh dibeli di sini. Malah Babyumishop telah memperkenalkan Skim KUTU Cloth Daipers bagi menggalakkan lagi kaum2 Ibu di luar sana mencuba/ menambahkan penggunaan cloth Daiper dalam koleksi masing2. Selain itu di sini turut dijual barangan tupperware, set herba ibu bersalin, Bio Aura Water Filter & minuman herba HPA.

- 1 helai baju baby bagi setiap kategori

---> Menawarkan pakaian wanita & kanak2 yg terbaik utk pemakaian yg selesa. Malah designnya dr butik dan dijual dgn harga yg berpatutan. Selain itu turut dijual barangan penjagaan kesihatan melalui produk yg berkualiti tinggi. Antaranya brgan berjenama UEMORA, Peurafirm, Anggun ECPI & air ECPI

Hadiah PiliHan unTuk PeseRta BerTuah (akan dicabut oleh baby danish)
- 1 Diaper Stacker
Sponsor dari Moms&babyshop

---> Di sini pulak ada dijual Cloth Daipers jenama BABYLAND, SUSU HI-goat HR serta Jus Diet Mate5.

And akhir sekali. Gambar Imran yg menjadi pilihan saya utk ditempek kat sini ialah...


Nama: Muhammad Ali Imran

Umur: 1 thn


Tuesday, October 27, 2009

Sedihnya... Tersentuh naluri keibuanku..

Tadi masa jln2 jenguk blog kawan2..
Saya terjumpa satu blog...
Blog kepunyaan Alya


Ya Allah, tersentuh naluri keibuan saya..
Mengalir air mata saya tanpa dpt ditahan bila membaca kisah yg menimpa Alya..
Terdetik di hati saya utk berkongsi cerita ini dgn kwn2 yg lain..
Bagi yg nak tahu ttg cerita Alya just klik kat SINI




"GOT BOOBIES?"

Tadi jalan2 kat blog BabyIbu.. Terbaca entry ttg breast cancer..
Bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara..
So, AliceWonders.com telah melancarkan kempen " GOT BOOBIES? "..
And matlamat utama kempen ini dilancarkan adalah untuk mengingatkan semua org x kira la perempuan @ lelaki agar sentiasa melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP)...
Breast cancer merupakan barah tisu payudara /buah dada. Ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita di seluruh dunia. Di sebelah barat, breast cancer menyerang sekitar 10% wanita pada semua peringkat umur. Walaupun pelbagai usaha yg meluas dijalankan bagi mengesan dgn lbh awal malah rawatan yg berkesan diberikan, masih terdapat hampir 20% wanita yg menghidap barah payudara meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah berada ditahap paling kritikal & sukar dipulihkan malah berkemungkinan membawa maut.

Apakah yang menyebabkan kanser payudara?
Penyebab sebenar kanser payudara x diketahui.
Setiap wanita berusia 20 tahun keatas adalah berisiko menghidap kanser payudara.

Antara faktor2 yg mgkn menambah risiko wanita menghidap kanser payudara:
- Usia meningkat
- Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
- Telah mendapat kanser pada satu payudara.
- Mula dtg haid awal (sblm umur 12 thn) @ putus haid lwt (slps umur 50 thn)
- Tdk prnh lahirkn anak @ lahirkn anak pertama pd umur lbh 30 tahun.
- Mkn makanan yg mengandungi byk lemak haiwan.

Cara Untuk Mencegah Kanser Payudara.
- Breast Cancer blh dicegah jika ia dikesan dan dirawat awal. Breast Cancer merupakn salah satu kanser yg paling mudah di kesan.
Caranya ialah dgn melakukan pemeriksaan Payudara.
Semua wanita yang berusia 20 tahun dan lebih perlu melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bln sepanjang hayat mereka.
Bagi wanita yang melebihi 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan Pemeriksaan Payudara oleh seorg doktor atau kakitangan perubatan yg lain setiap tahun.
Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seseorg wanita mengesan kanser payudara pd peringkat yg awal di mana rawatan adalah lebih berkesan.

Kepada semua perempuan
* Cegahlah breast cancer dgn melakukan PSP setiap bln.
* Jika terdpt sebarang benjolan luarbiasa pd breast anda, segeralah berjumpa doktor anda.
* Jgn takut. Kanser payudara dpt disembuhkan jika ia dikesan awal & dirawat secepat mgkn.

Kepada semua rakan2 blogger @ pembaca blog..
Ayuhlah kita bersama2 menyokong kempen ini dengan hanya menyebarkan riben merah (seperti yg saya lakukan) dan mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan sendiri ini.. Bukan hanya untuk kaum perempuan, tetapi juga untuk kaum lelaki..
Anda boleh dapatkan ribbon tersebut DISINI..
Walauapa pun, ucapan terima kasih yg tak terhingga kepada AliceWonders.com yang begitu prihatin menganjurkan kempen ini..



Monday, October 26, 2009

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD ALI IMRAN...


Ini merupakan entry yg tlh di auto published kan khas buat anakku, Muhammad Ali Imran sempena menyambut ulangtahun kelahirannya yg pertama... Setahun yg lps, pada saat inilah Imran selamat dilahirkan.


Happy Birthday to my lovely son... Muhammad Ali Imran..
Hari ini genaplah setahun umur putera kesayanganku ini...
Terasa begitu cepat masa berlalu...
Masih terbayang saat2 mama melahirkanmu sayang...

"Buat anakku, Imran sayang,
Mama doakan semoga anak mama nie panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat & ceria.
Semoga menjadi anak yg baik dan yg soleh serta patuh pada ajaran-Nya & org tuamu..
Semoga sentiasa berada di bawah lindungan-Nya
Ameeennnn..."

Ingatlah, mama & ayah amat menyayangimu...

Mendaki Gunung Kinabalu- Part 3 (Pengalaman)

Pendakian dr Timpohon Gate ke Laban Rata, Alhamdulillah..
X byk rintangan... Jlnnya pun x begitu sukar..
Trek nya dah cantik.. Dibuat bertingkat2 seperti tangga...
Letih mendaki tangga2 tu jer..
Cuaca pun alhamdulillah.. X terlalu panas..
And syukur sgt2 doa kami di kabulkan..
Kalau ikut kajicuaca kata minggu tue hujan akan turun dgn lebatnya..
Tp berkat doa semua, cuaca baik.

Masa mendaki tue seronok sgt tgk suasana sekeliling..
SubhanAllah.. Begitu indah alam ciptaan Allah...
Next entry saya akan masukkan gambar2 yg sempat saya ambik sepanjang mendaki...
Semakin hampir ke Laban Rata, semakin cantik suasana sekeliling..
Ya Allah.. Rasa mcm nak duduk kat situ jer menikmati keindahan alam ciptaan-Nya...
Dgn pokok2 bonsai yg begitu unik..
Ish.. Mmg susah nak dibayangkan dgn kata2...

Setelah sampai ke Laban Rata, kami berehat sebentar sblm meneruskan perjlnan ke Gunting Lagadan, di mana tempat penginapan kami terletak. Kami diberikan 4 bilik utk dikongsi.. Lps kemas serba sedikit, saya dan suami kembali ke Laban Rata utk menikmati makan mlm..

Lebih kurang pkl 9 mlm, semua mula berbaring merehatkan diri sblm bgn semula pd jam 2 pg utk bersedia mendaki ke puncak gunung..
Perjlnan kali nie lbh mencabar krn cuaca yg sejuk and perjlnan kami berpandukan head lamp @ lampu suluh masing2... Jalannya berbatu2.. Tiba di suatu kawasan kami perlu berjlnan berpandukan tali yg dipegang, mendaki batu2 tersebut dgn menggunakan tali yg tlh disediakan...
Hanya kegelapan mlm serta cahaya head lamp & lampu suluh pendaki2 yg dpt dilihat..
Terasa perjlnan kali ini terlalu jauh..
Kaki & tgn saya dah mula rasa kebas.. Muka dah terasa sejuk sgt2 terkena angin gunung...

Ya Allah.. Baju tebal yg dipakai mcm dh x bg kesan..
Saya hampir2 surrender.. Pada hal masa tu dah dkt dh..
Disebabkan kaki yg dh semakin letih utk mendaki & mula rasa lenguh...
Dgn cuaca yg begitu sejuk.. And x blh nak berhenti rehat lama sikit..
Saya mmg rasa nak stop jer kat situ.. Siap dah ckp kat hubby suruh dia jer teruskan dulu..
Nnt bila saya kuat saya akan daki slow2...
But my hubby xnk.. Coz this time dia naik pun sbb nak temankan saya..
Dia dh berjaya sampai ke puncak pun sblm nie...
Syukurlah sbb saya x stop kat situ jer..
Kalau x sure menyesal x sudah... Dah la kena bayar mahal nak mendaki...
Penat2 naik, last2 nak stop kat situ...
Hahahaha... Kelakar rasanya...
Apa pun... Alhamdulillah... Rasa bangga sgt sbb dah berjaya sampai ke puncak..
Walau apa pun, saya ucapkan terima kasih byk2 kepada suami yg tercinta...
Berkat dorongannya.. Kata2 semangat drnya..
Akhirnya saya berjaya sampai ke puncak..
Yeay.....!!!!!

Mendaki Gunung Kinabalu- Part 2


Seperti yg dijanjikan..
Here is tentatif program/ perjlnan semasa mendaki Gunung Kinabalu ari tue..
Sorry la sesgt, asyik tertangguh jer nak buat entry ttg nie..
InsyaAllah, saya akan try siapkan entry & upload gambar2 sepanjang mendaki Gunung Kinabalu ari tue..

9 Okt 2009
9.25pm- Flight (AirAsia) ke KK
Flight delay sampai kul 10.30pm
11.00pm- Akhirnya flight berlepas ke KK

10 Okt 2009
1.00am- Tiba di Lapangan Terbang KK
1.30am- Dibawa terus ke chalet di kaki gunung. Perjlnan dgn menaiki van.
3.10am- Tiba di Grace Hostel @ kaki gunung. Ditempatkan di dlm 2 bilik (Grace 1- 7 org peserta perempuan) & (Grace 3- 5 org peserta lelaki)
3.30am- Tido stlh melalui perjlnan yg begitu jauh.
6.15am- Bgn, solat subuh & get ready utk mendaki.
7.45am- Bergerak ke Balsam Cafe utk breakfast.
8.45am- Dibawa ke Timpohon Gate dgn menaiki bas.
9.15am- Mula mendaki dr Timpohon Gate.
12.20noon- Berehat di Pondok Layang2.
3.15pm- Tiba di Laban Rata. Berehat sebentar sementara menunggu kawan2 yg lain & kunci bilik penginapan di Gunting Lagadan.
4.30pm- Bergerak naik ke tempat penginapan di Gunting Lagadan.
5.30pm- Turun kembali ke Laban Rata utk dinner.
7.30pm- Kemas brg2 sbg persediaan utk mendaki ke puncak.
9.00pm- Tido.

11 Okt 2009
2.00am- Bgn & bersedia utk mendaki ke puncak.
2.45am- Mula mendaki ke puncak.
5.00am- Selamat tiba di Sayat- Sayat (checkpoint).
6.00am- Tiba di puncak Gunung Kinabalu dgn selamat.
6.15am- Bergerak turun ke Gunting Lagadan.
9.10am- Tiba di Gunting Lagadan.
9.45am- Turun ke Laban Rata utk breakfast.
10.30am- Kembali ke Gunting Lagadan, packing brg utk bergerak kembali ke kaki gunung.
11.00am- Mula bergerak turun ke kaki gunung.
3.20pm- Tiba di kaki gunung (Timpohon Gate)
3.45pm- Dibawa ke Balsam Cafe dgn menaiki van utk lunch.
5.20pm- Sesi bergambar beramai2.
5.40pm- Bergerak kembali ke pekan KK. (Summer Lodge)

Saturday, October 24, 2009

LEMARIUMMI COLLECTIONS (LUC) GIVEAWAY- Sticky Mode Til 24 Oct '09

Wah.. Cantiknyer tudung nie. Saya selalu tgk rakan2 di office pakai tudung mcm nie.
Ada jugak keinginan nak pakai. Tp sesuai ker ngan muka saya?
Hurm.. Bukan apa, tudung nie nampak simple & ringkas.
Tgk kawan2 pakai mcm mudah jer. Lagipun nampak lbh bergaya...

Tiba2 td masa tgh blog walking ternampak

Hadiah yg ditawarkan adalah tudung kat atas tue.. Corak dia menarik sgt...
Ish teringin plak nak join. Kot2 dpt hadiah tue, boleh try tudung fesyen nie...
Kalau sesuai nnt leh beli..
Apa2 pun, jom kita jenguk ke blog Sis Shikin @ Ummi AN.
Penaja utama giveaway nie...
Mana la tau kot2 ada yg teringin nak join gak..
Or maybe nak beli collection tudung nie...

So apa lagi, moh la kita ramai2 memeriahkan kontest ni...
Cepat tau... sebelum 24 Oct 2009!!!

Wednesday, October 21, 2009

Ali Imran tak sihat... Bdn naik bintik2 merah..

Sorry.. citer basi lagi..
Ingat tak entry lps saya ada ckp Imran demam..
Dia x sihat, bdn naik merah2...
Tp, Alhamdulillah. Pg td nmpk better...
Bintik2 merah kat badan pun dh makin hilang...
Sampai ke hari nie tak tahu apa punca & bintik apa..
Entah mcmmana leh muncul bintik2 merah tue secara tiba2..
Apa pun, saya bersyukur sbb Imran kembali sihat & ceria...

Okey,
Entry kali nie saya nak kongsi picture masa bawa Imran ke DEMC utk check apa punca bintik2 merah tue..
Erm.. Kejadian nie hari ahad lps..
Maaf la baru skrg dpt wat entry..
Okey, saya & hubby bawa jumpa doktor kat DEMC.
Then doktor suruh buat blood test.
So, kitorg pun bawa Imran ke tingkat 3, bahagian lab utk test darah.
Alhamdulillah, Imran rileks jer masa buat test darah tue..
Sikit pun tak nangis..
Bagus betul hero mama nie...
Dia tgk jer apa yg Miss tu buat dgn tgn dia..
Tak caya jom tgk gambar yg sempat dicapture masa tue...
Then turun ke bawah utk jumpa doktor semula.
Masa tgh tunggu tue ada sorg mak patient nie..
Anak dia tua 3 bulan dr Imran...
Anak dia pun kena buat blood test td lps Imran..
Dia puji Imran sbb tak nangis...
Dia kata anak dia siap nangis lg masa blood test tue..
Wah... Kira Imran nie hebat la erk..
Tak nangis pun.. Bgs anak mama & ayah nie yer...
Jumpa doktor, doktor kata blood test ok.
So, dia suruh monitor jer dulu. Kitorg pun terus gerak ke umah MIL.
Imran plak tido. Letih, bdn x sihat..
Cian plak mama tgk anak mama nie..
Sabar yer sayang.. Semoga cepat sembuh.


Tuesday, October 20, 2009

Mendaki Gunung Kinabalu- Part 1


Salam semua...
Rasanya dah lama tak buat entry yg berceloteh ttg kehidupan kami sekeluarga...
So, rasanya this time saya patut berceloteh, berkongsi dgn kengkawan about aktiviti family saya.

Okey..
Ingat lagi tak ttg entry nie --> Siaran terhenti buat seketika ?
Hah.. Dlm entry tu saya ada mention yg saya nak ke Kota Kinabalu..
Pasti ramai yg tertanya2..
Tiba2 jer nak ke sana..
Hehehehe...

Actually dh lama plan nak ke sana..
Dah booking flight sejak dr dlm pantang lg..
Join team member my hubby mendaki Gunung Kinabalu...
Hahahaha.. Mcm x caye jer saya leh join.
Bkn apa coz aktiviti tu dh lama ditinggalkan sejak habis zmn sekolah lg...

Imran terpaksa saya tinggalkan dgn MIL.
Berat jugak rasanya nk tinggalkan Imran lama2..
Tp my hubby ckp kena bg dia berdikari
X der la selalu ngan kita jer..
Sorry yer sayang.. Mama x leh bawak awak.
Awak kecik lg.. Nnt dh bsr awak ajak kwn2 awak yer... ;)

So, lps anta Imran ke rumah MIL
My hubby minta tlg adik dia (Zack) hantarkan kitorang ke LCCT
So, bermulalah perjalanan kitorg dgn team seramai 12 org...

Next entry saya akan sertakan tentatif and picture sepanjang perjalanan mendaki Gunung Kinabalu..
View nyer mmg cantik sgt...
So, nantikan entry yg seterusnya key..
Adios...

Monday, October 19, 2009

Semuanya bercampur aduk...

Salam kawan2 semua...
Hari nie saya kembali bekerja setelah bercuti sampai rabu lps...
And sambung cuti lg dua hari (khamis & jumaat lps) sbb Imran demam...

Mlm nie & mlm esok, saya kena stay kat umah MIL
Imran x blh di hantar ke nursery coz bdn dia naik bintik2 merah..
So, minta tlg MIL jagakan... Nak cuti x blh, keje byk yg urgent...
My hubby plak dh slmt berlepas ke Manila dgn menaiki penerbangan MH704 pg td...
Huhhuhuhuhu... Sedihnya...
Terpaksa berjauhan dgn hubby selama 3 hari...
Rindu nyer... Nie baru bbrp jam berpisah...
"Selamat jalan bang.. Semoga abg sentiasa dilindungi-Nya"


Tgh copy gambar semasa mendaki Gunung Kinabalu.
Laptop hubby nak bawa ke Filipin..

Beg and jaket my hubby...
Lepak kat tepi ATM machine sambil tunggu settle copy gambar
dr laptop ke thumbdrive..

Hurm... Dgn Imran x btl2 sihat lg... Hubby x der di sisi... Huhuhuhu...
Kan bagus kalau mak ada dkt sini....
Huaaaa.....

Pelbagai rasa bercampur aduk...
Sedih... Sedih... Sedih sesangat....
Ya Allah... Kuatkanlah diriku...
Cepatkanlah masa2 berlalu...
Semoga Imran cepat sembuh and kembali ceria seperti selalu....
Cepat2 sembuh yer sayang...



Sunday, October 18, 2009

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel



Contest yg paling mudah & simple...
Anjuran SMILEYKIDZ
So to all bloggers.. Jom la join..
Hadiah yg ditawarkan pasti mengujakan semua...

Hadiah yg ditawarkan ialah:-

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50


Nak tahu lbh lanjut..? Just klik kat banner di sidebar key...
And inilah gambar2 Senyuman Ceria Imran.....
Pasti kalian akan terpikat dgn senyumannya itu... ;)

Nama: Muhammad Ali Imran B Mohd Subky
Umur: 11 bln++