Tuesday, October 26, 2010

Birthday Boy Wif Ben 10 Cake

Sempena birthday Ali yang ke-2, we had a little party to celebrate Ali's birthday, just the 4 of us. at S&P Central Rama III, Bangkok pada 25 Okt 2010.. 1 day earlier.. :) Not to meriah but still happening. Walaupun just 4 of us.. its still bermakna. As long we celebrate it in 1 family..

Birthday boy x sabar nak potong kek Ben 10. So, ayah helping Ali to cut his birthday's cake.

Kek Ben 10. Pilihan birthday' boy. Mama usik nk beli kek lain, nangis. Hahahha..
Ok dear, here is your birthday cake..

Birthday boy suapkan mama kek birthday. Tima kacih cayang (version ali) :)

Family picture on Ali's 2nd Birthday...

Birthday boy..

Buat anak mama dan ayah, Muhammad Ali Imran b. Mohd Subky...
Ali dah 2 tahun arini... Jgn nakal2 tau.. Mama dan ayah doakan Ali sihat sentiasa, jadi anak yg soleh, yg berguna, membesar dgn sihat lagi bijaksana & sentiasa dimurahkan rezeki... Ali, mama dan ayah sentiasa menyayangi Ali buat selamaNye...love you sayang..



Tuesday, October 19, 2010

Memori Terindah Kelahiran Alif Irfan



Anak mama Alif Irfan,

Alhamdulillah.. Begitu cepat masa berlalu..
Buah hati cayang mama ni dh nak masuk 3 bulan pun 31 Oktober ni.
And dah 2 bulan kita balik Bangkok..
Terase mcm baru semalam mama berdebar2 menanti kelahiran putera mama ni.
Dan mama juga bersyukur krn anak mama nie keluar ketika ayah masih bersama kita di Penang.. Syukur sgt2 krn doa mama & ayah dimakbulkn..
Mama masih ingat ketika itu mama hampir berputus asa krn terlalu ternantikan kehadiran mu. Ayah dh nak kembali ke Bangkok. Mama hrp sgt kau lahir ketika ayah ada disamping mama...
Ayah minta mama bersabar. Andai ada rezeki ayah melihat kelahiranmu.. Adalah. Ayah kata jgn terlalu memaksa.. Berserah & bertawakal sajerlah.. And Alhamdulillah. Kau lahir di saat ayah di sisi..

Masih terbayang mama saat manis tu cayang..
Selepas seminggu ayah bercuti,baru anak mama nie nak keluar yer...

31 July 2010 jam 12:42 PM lahirlah ke dunia putera mama.. Alif Irfan
Alhamdulllah... Mama bersyukur sgt mama mampu melahirkan
Alif secara normal.
Berkat dorongan & kata2 semangat dr ayah..
Tiada kata yg mama mampu lafazkan sebaik melihat kamu cayang.
Selain lafaz penuh kesyukuran... Alhamdulillah semuanya selamat...

Terharu mama rasa dpt melihat wajahmu yg comel..
Ingin mama dakap & peluk kamu..
Hilang segala rasa sakit, segala rasa penat setelah melihat kehadiranmu cayang..

InsyaAllah, mama akan cuba menjadi seorg mama yg terbaik buat anak2 mama
Ingatlah, mama sentiasa menyayangi anak2 mama walau apa pun terjadi...
Cinta mama skrg utk 3 org hero hidup mama [ayah, Ali & Alif]
Kalian lah segala2nya utk mama

Mama doakan Alif akan menjadi anak yg baik, yg soleh & sentiasa akan membahagiakan hati mama & ayah yer..
Semoga anak mama nie akan membesar dgn sihat & sentiasa dilindungi-Nya..
Sentiasa dirahmati-Nya..


To my beloved husband, Mohd Subky Onn,
Thanks a lot bang krn berada di sisi sayang di saat sayang melahirkan Alif.
Thanks kerana kekal di sisi sayang memberi dorongan & kata2 semangat buat sayang..
Terimalah hadiah istimewa dr sayang buat abang.. Alif Irfan.
Putera kedua dlm keluarga kita..
Tanda cinta kita berdua..
Semoga kita dapat memberi yg terbaik utk anak2 kita..

Thursday, October 14, 2010

Mengatasi Masalah Kuat Marah Pada Anak..

Mengatasi masalah kuat marah pada anak Dipanjangkan oleh Sharifah Norbaizura Tuan Ahmad Kamil, Bank Negara Malaysia. Buat renungan kita bersama..
Para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita…….. Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Saturday, October 9, 2010

Ronda2 kat Queen Sirikit & MBK



Alhamdulillah.. Akhirnya dpt juga mama memegang laptop setelah seharian melayan kerenah anak2 & suami... Hehehhehe... :)
Actualy mama bru jer lps bf Alif n tidokan Alif..
Klu x mmg mama x dpt la nk pegang laptop..
Alif dh tido.. Ali mcm biasa.. Pantang tgk mama pegang laptop..
Sure nak kaco.. Itulah dia anak mama yg dh semakin buas n nakal...

X-tiviti 4 today... ronda2 kat Queen Sirikit & MBK..
Mama ingat nk tgk almari baju utk anak2 mama..
Yerlah.. Home expo kan.. Tp byk set bilik tidur yg besar2 jer..
Nothing interesting that mama blh beli utk anak2 mama..
Tp set bilik tidur yg ada mmg cantik2 sgt..

Akhirnya dpt juga capture gambar Ali senyum..
Skrg nie ssh nak srh dia senyum dpn kamera..

Mama wif Ali @ Queen Sirikit

Ali yg semakin ssh nak senyum bila disuruh... Hurm...

Balik dr Queen Sirikit, my hubby ajak terus ke MBK
Kali nie jln2 cari mkn plak..
Makan kat Yana Restoran. Bkn mudah nk dpt kedai halal kat sini...
After makan, mama ingat still nk ronda2 kat MBK..
Yerlah.. alang2 dh sampai kan... :)
Lagi pun nmpk mcm byk sale..

But... :(
Ayah dh penat.. Dgn Ali pn byk ragam..
So.. terus balik. Mama just sempat beli sehelai baju utk Ali & Alif jer..
Itu pun dkt dgn pintu masuk..
Ingat nak juga sambar kasut or baju tuk mama..
Hurm.. Next time maybe.. :(


Friday, October 8, 2010

My new family member... Alif Irfan


Okey.. 1st of all sorry to my kid, Alif Irfan.
Dah 2 bln lbh baru mama dpt update ttg Alif dlm blog mama..
Baru skrg mama dpt update ttg Alif dl blog mama..
Baru skrg mama dpt tayang gmbr anak mama yg comei nie dlm blog mama..
Anyway.. Welcome to my new family member.. Alif Irfan...

my 2nd baby.. Alif Irfan

SMILE... :)

Ali n adik Alif

Alif Irfan

Ali n adik Alif

Jatuh kerusi


Lagi kisah anakku Ali Imran..
Actualy nk wat post nie semlm..
Tp awal2 pg lagi anak2ku dh bgn.. Wua... X dpt la mama nak ngadap comp..
So, no blogging coz after lunch nak g ambik Visa Alif..

Ok berbalik kpd kisah yg nak story td..
About my little Ali..
Last 2 days, tgh aq ber FB dkt meja mkn..
Dia pun sebokk nak manjat kerusi gak..
Mcm slalu, aq dh angkat turun and say...
"Ali.. No. Nnt jatuh, sapa sakit? Ali yg sakit."

Hurm.. Bdk2 kan. Yg kita larang tu lah yg lagi dia nak buat..
Tiba2.. Dumm... Hah! Ali jatuh kerusi.
Aduh, dahi dh terhantuk atas lantai.
Apa lg.. Wuaaa.....
Mana taknya, dia dh tergigit lidah and dahi pn dh benjol.
Mujur x lebam sbb cepat demah ngan ketul ais...


Hurm.. Itulah dia anak laki. X tahu serik @ takut.
Dah luka pun nk panjat kerusi lg...
Ali.. Ali...

Mama.. Apa nie??

Now my kid, Ali Imran dh dpt pe'el baru..
Pantang dpt buku or magazine, dia buka and start asking me..

Ali: Mama.. Apa nie?
Me: Kakak..
Ali: Ma.. Apa nie?
Me: Bear..
Ali: Ma.. Apa nie?
Me: Katil sayang
Ali: Ma.. Apa nie?
Me: Tupai..
Ali: Ma.. Apa nie?
Me: Uncle jual aiskrim.

(Dlm hati.. Owh no. He start bebel n asking the same thing. But what to do. Bdk baru dpt akal, dpt mulut. Layan and jawab la apa yg patut. Adat bdk2 nk membesarkan...)





Tuesday, October 5, 2010

Menu hari ini... Masak lemak cili api & sup ikan bawal.. Nyum.. Nyum..


Wah.. Wah.. Wah..
Tajuk mcm gempak giler..
Macam la ak ni pakar memasak.. Hohohoho..
Alah takat nak masak utk makan sendiri..
Nk bg my hubby and anak2 mkn leh ler...

Everyday kena sediakan dua menu..
One for me n my hubby
and one more yg x pedas for my child.. Ali Imran..

So, ikan merah ada dlm freeze. So ak decide nk wat masak lemak cili api jerlah..
Guna resipi yg simple jer...


1. Blend bwg besar, bwg putih, cili padi n sedikit belacan..
2. Tumiskn bahan2 yg dh diblend td, masukkan santan n sdkt serbuk kunyit & asam keping. Patutnya masukkan serai, tp sbb kat umh x der serai.. So, ak abaikn jer.. Hehehhee...
3. Biarkan seketika sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan & tomato.
5. Kacau n biar seketika sampai ikan masak. Tutup api.

Hah.. Dah siap tuk dihidang...

Menu ke-2:
Sup Ikan Bawal...


1. Blend bwg putih, bwg merah n sedikit halia...
2. Tumis bhn yg tlh diblend td..
3. Masukkan air utk sup & ubi kentang yg tlh dibelah 4. Biar sampai mendidih.
4. Perahkan sedikit air asam, masukkan ikan & soo-on.
5. Biarkan sekejap. Tutup api, siap utk dihidang..

Nyum.. Nyum..
Dah siap utk dimakan..
Mana la plak si Ali nih..
Ali.. jom kita makan nasi... :)

- Mama Ali + f -

Setelah Sekian Lama Menghilang...

Wah... Dah bersawang blog Mama Imran..
Busy sgt ker???? Entah la.. Nak kata busy sgt pn actualy x pun...
Just byk perkara yg terjadi.. Bersambung2...
Bermula dr x dpt nk open blog kat opis, x dpt nk ngadap komp lama2 coz asyik rasa nk muntah, sibuk dgn diri n family & dilanda perasaan malas yg melampau...
Hahahahaha...

Last2.. Blog nie terbiar sepi.. Bersawang penuh...
ish..Ish..Ish.. And now My family dh bertambah lg sorg hero...
Welcome to my new hero to my life.. Alif Irfan..
Now already 2 months..
Sorry la sayang.. skrg baru mama dpt announce kehadiran sayang mama nie..

Buat kawan2,
We all satu keluarga skrg kat Bangkok.
We all akan stay kt sini sampai April next year.
My hubby kena keje kat sini one year..
And ak pulak bercuti tanpa gaji because i want to follow my beloved hubby..
Yerlah... Kena lah berkorban sikit kan..
Demi keluarga.. Hidup seorg isteri kan disisi suami...
Dlm erti kata lain ak x sanggup oooo dok jauh2 ngan hubby...
Biarlah apa pun hubby dkt ngan kita...

Now, my life mmg byk berbeza..
Housewife sepenuh masa until April next year..
Memasak, membasuh, mengemas mainan si Ali Imran & segala apa yg patut la...
So maybe lps nie leh masukkan serba sedikit resipi yg ringkas yg telah ak masakkan utk anak2 n suami... Hehehehhe.. Camla teror sgt masak... Huhuhuhu...

Okeylah.. Ak x nk bebel panjang2..
Hope lps nie dpt kembali aktif dlm blog nie..
See you soon...
Adios...

-Mama Ali + f-