Friday, February 20, 2009

Geng; Pengembaraan Bermula

Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin

Betul... Betul.. Betul...
Dh tgk filem 3D made in Malaysia; Geng: Pengembaraan Bermula? Kalau blm tgk, baik cpt2 pergi tgk... Tp jgn plak pi tonton Geng kat panggung kalau pergi sorg2... Bawa kawan² tengok sekali, baru layan. Gelak sakan sama² barulah best. Sebab filem animasi ni best, jadi gelak pun bestlah hahahahaha....
Actually aku dh tgk masa ari pertama filem nie ditayangkan... tp sorry la bru ari nie blh post ttg citer nie... mmg best la.. puas ati... walau pun di hujung citer ni cam dh tak brapa best sbb dh byk sgt masuk unsur2 yg sukar diterima dek akal... Tp yg best nya... ada satu part tue.. upin, ipin & rajoo nmpk sekor binatang ganjil (opet) bwa durian kt blkg semak, so upin cakap la "eh.. apa tue?"... Tiba2 ada sorg budak kat dlm panggung tu jwb.. "durian la...." hahahaha... apa lagi... satu panggung pulun gelak dgr jawapan budak tue... nampak sgt bdk tu betul2 tgk citer nie kan... walau apa pun aku mmg puas ati...

Sinopsis
Animasi ini mengisahkan Badrul yang pulang ke kampung dan mendapati kampungnya sedang berhadapan dengan satu kejadian misteri. Misteri kehilangan durian dikampungnya itu dikaitkan dengan kewujudan "hantu durian". Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.
Bersama sahabat baiknya Lim, mereka yang pada mulanya tak mengendahkan soal kewujudan "hantu durian" itu, terpaksa terlibat dalam satu kes penyiasatan apabila tiga orang kanak-kanak yang turut bersama mereka (Upin, Ipin- yang nakal dan Rajoo- yg blh komunikasi dgn haiwan) tersesat didalam hutan. Bersama Ros (si jelita kampung), mereka bertiga membantu mencari kanak-kanak tersebut, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri. Tanpa menyedari yang mereka sebenarnya berhadapan dengan sindiket menyeludup haiwan eksotik yang dilakukan oleh sekumpulan pemburu haram.



Watak dan Perwatakan

Badrol (Izwan)
Seorg bdk yg bersahaja, suka bersenang- senang serta suka bertindak ikut gerak hati. Badrol suka berlagak macho and berani. Sewaktu kecil dia tinggal di kampung dgn atuknya.. tok dalang. Dah besar dia dok KL dgn mak ayah dia. Setelah berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung.
Lim(Kee Yong Pin)
Bdk yg paling pintar & lbh byk buat pertimbangan & perancangan berbanding yg lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia suka bawa alatan yg tak penting. Ini juga menbuatkan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Bdk kecik yg cergas, periang, mesra & jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya ‘Sapyyy’. Dia gemar menyanyi & menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain2 tak percayakan dia.
Ros (Balqis)
Gadis paling jelita di kampung tapi dia tak selurus yg disangka. Dia kena tlg neneknya jual snek sambil menjaga adik-adiknya yg suka melibatkan diri mereka dlm masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering membuatkan dia marah.
Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yg suka berkeliaran dgn kaki ayam, sambil mencari keseronokan di mana saja mereka ada. Sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal & degil. Upinlah yang lebih tua & ada sehelai rambut pada kepalanya. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".

Macam nak pecah perut!
Cerita diorang ni memang buat panggung tak berhenti ngan bunyi orang ketawa. Macam nak pecah perut gelak sepanjang cerita ni. Tapi rasa cam watak utama cerita ni Rajoo. Juga Oopet, iaitu sejenis haiwan yg blh memahami bahasa manusia. Upin & Ipin agak tenggelam, tapi telatah & celoteh diorang berjaya mencuit hati penonton. Kalau takde Upin & Ipin suram rasanya filem Geng tu nanti. Tapi aku suka watak Rajoo hoho. "Sapyyyy..Go!".. Mula ula aku expect semua geng upin ipin la ada kan, fizi semua. tak sangka pulak tiba tiba ada watak cucu tok dalang ni huhu. Rajoo ni memang kelakar tersangat. Blh cakap dgn haiwan plak tue... Dialog dia yg tak leh lupa - Ayoyo Ipin, jangan!! Fikir masa depan!! And lg satu.. "Sapyyyyy.. Go!" Hahaha. (tak mampu nak cerita betapa lawaknya cerita ni - korang kena tengok sendiri la!)

No comments:

Post a Comment

Feel Free To Leave Your Comment Lor....