Wednesday, February 4, 2009

Isteri & Ibu...

Isteri disamping menjadi penolong serta tempat bersandarnya suami juga merupakan tempat pertama & utama kpd anak2. Kita menyaksikan para ulama yg besar kebanyakannya adalah hasil drpd didikan ibu yang baik. Seorang ibu yg solehah adalah sgt penting krn ibu adalah org yg plg dkt dgn anak.
Inilah kesempatan tuk tanam aqidah keislaman dlm diri anak-anak dan mereka didik sang permata hati agar cinta kpd Allah SWT dan Rasul-Nya serta menjauhkan diri dari maksiat serta perkara2 yg mungkar. Selain itu ibu yang solehah diharap mampu mencipta sebuah rumahtangga yg sgt diperlukan utk perkembangan jiwa anak2.


Dlm persiapan menjadi seorg ibu & isteri mithali ini byk hal yg dpt dilakukan sbg santapan rohani yg bermanfaat seperti:
Dzikrullah dan Tilawatil Qur'an
Dengan dzikrullah, seseorang akan bertambah cinta dan taqwa kepada Allah dan Allah pun ingat kepadanya seperti firman Allah SWT:"Maka ingatlah kalian kepada-Ku, niscaya aku akan ingat kepadamu". (QS. Al-Baqarah: 152)
Menghafalkan Al-Qur'an
Memperbanyak Istighfar
Memperbanyak Doa
Memperbanyak Shalawat kepada Rasulullah saw.
Qiyamullail
Memperbanyak ibadah-ibadah sunnah
Membiasakan hal-hal yang baik.


Kalau inginkan seorg anak yg suka bersedekah... maka biasakan agar sering bersedekah. Ini adalah kerana anak perlukan contoh dari org tunya..
Kalau tak nak anak yg berbohong, jgn lah kita berbohong...
Kalau nak anak kita menghormati kita sebagai org tuanya, maka hormatilah kedua orang tua kita.
Kalau nak anak kita tak bercakap kasar, maka berhati-hatilah ketika berbicara kerana anak2 akan merakam dan meniru apa yg diucapkan oleh orang tua atau lingkungannya.

CIRI-CIRI ISTERI YANG BAIK
Isteri yg patuh pada ajaran agama.
Menjaga amanat dan pesanan suami dgn sebaik-baiknya.
Menjaga kesihatan diri, lahir dan batin.
Memelihara kehormatan diri dan suami.
Menjaga rahsia suami.
Menjaga perasaan suami tanpa melebihkan diri sendiri.
Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
Hormat dan sopan terhadap suami.
Cinta dan kasih kpd suami dibuktikan dgn perbuatan.
Jangan bertindak sendiri tanpa pengetahuan suami. Berbincang dan berunding dlm segala urusan rumahtangga. Jujur dan ikhlas.
Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dgn baik sekalipun di tengah kesibukan kerja2 lain.
Mengasuh dan mendidik anak2nya seperti yg dianjurkan oleh Islam.

No comments:

Post a Comment

Feel Free To Leave Your Comment Lor....