Wednesday, February 4, 2009

Roda Kehidupan


Hidup ibarat roda, kadangkala kita akan berada di atas..
Kadangkala kita akan berada dibawah..
Ada juga yg cakap kehidupan ini juga ibarat kain putih yang telah diwarnai dengan pelbagai warna.
Bagaimana ia diwarnakan @ dicorakkan? Bergantung pada ibubapa serta diri kita sendiri...
Sometimes... Bila kita ada kat atas pun kita x segembira org yg berada di bawah..
Kenapa yer??
Mungkin kerana kita tidak menjaga kebajikan orang lain dan perkara-perkara yang sepatutnya kita jaga seperti solat, puasa, zakat, aktiviti kita seharian dan sebagainya.
Tp walaupun satu ketika tue kita ada di bawah kita tetap bahagia... ini adalah kerana kita dilengkapi dgn keperluan agama yang dituntut. Kita melaksanakan segala perintah yg dituntut oleh Allah SWT.
Namun kadangkala kita berada di tengah-tengah di mana bermacam jenis warna mewarnai kehidupan kita.
Kadang2 kita gembira... kadang2 kita berduka serta susah...
Sebagai manusia biasa, kita seringkali alfa.. terlupa utk melaksanakan segala tanggungjawab yg tlh Allah berikan pd kita...
Kita perlu sentiasa bersedia untuk berada di bawah dan jangan terlalu excited bila berada di atas, kerana sudah pasti kita takkan terus kekal di atas...
Kehidupan kita nie mmg mcm roda... tak stabil, sentiasa akan bergoyang, kalau tidak banyak, sedikit. Memang sudah menjadi lumrahnya.
Marilah kita bersama-sama mengatur laluan roda kehidupan kita, semoga stabil dan tidak melalui jalan2 kotor...


1 comment:

  1. "Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Baginya apa yang ia mengusahakan, dan ke atasnya apa yang ia mengusahakan. "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau mempertanggungjawabkan kami jika kami lupa, atau membuat kesilapan. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami sebagaimana Engkau telah membebankan orang-orang yang sebelum kami. Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau membebankan kami melebihi apa yang kami ada kekuatan untuk memikul, dan maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan kasihanilah kami; Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)." -Al Baqarah, ayat 2-

    InsyAllah...jika kita berperansangka baik jadi baik la akhirnya, dan begitu juga sebaliknya, kita pn tahu bahawa Tuhan amat2 tahu akan segalanya,

    semoga segala yg kita usahakan mendapat berkat dan rahmat dari nye

    -diriMu jua-
    (subazi/your hubby)

    ReplyDelete

Feel Free To Leave Your Comment Lor....