Friday, August 28, 2009

Contest Jom Main Air Bersama....!!!

Contest Jom Bermain air Bersama....!!! anjuran Kak Yong..
Sebenarnya contest ni dah lama mula...
Dah nak tamat pun..
Last minit, Mama Imran decide nak join jugak..
Sekadar suka2...
Nak tahu dgn lebih lanjut jenguk la ke blog Kak Yong...

And here is my entry for this contest...
Gambar yg akan Mama Imran pertaruhkan ialah...
Jeng... Jeng... Jeng...
Sabar... Scroll down key...

*******
******
*****
***
*******
******
*****
****
***
*
Mama- Nur Azirah
Ayah- Mohd Subky
Baby- Muhammad Ali Imran

Setiap keluarga mempunyai memori tersendiri sewaktu membawa anak2 bermain air.
Begitu juga dengan saya. Ini merupakan kali pertama saya serta hubby bawa Imran mandi kolam. Memang seronok sangat dapat bermain air bersama si kecil.
Okey, photo ni diambil masa we all satu family join Family Day tempat keje saya.
(Pulai Spring Resort, Johor Bahru). Mula2 pikir cam tak nak bagi Imran main air...
Yelah dia tgh selsema, my hubby pun malas nak turun coz tak berapa sihat. Tp kesian plak, pelampung pun dh dibeli. So last2 saya & my hubby decide, bawa juga Imran mandi.
Tp sekejap jer. Boleh test kamera hubby sekali. Test power ambik gambar dari dalam air..
Hehehehe.. Imran apa lagi... Bukan main seronok dia dapat mandi kolam..
Actualy this is his 1st time mandi kolam. Ish.. mmg jelas terpancar kegembiraan
dia dapat mandi kolam.. Siap tepuk2 air.. Tak takut langsung...
Bertambah suka dia bila ayah pegang dia keluar dr pelampung..
Yelah, dpt bebas bermain air..Itulah dia Ali Imran, anak mama yg mmg suka main air.

My baby Imran memang suka main air, so tak der masalah nak bawa dia main air.
Tp utk sesapa yg ada baby takut air, cubalah ambil langkah2 berikut:-

1. Ajarkan si kecil bermain air seusia muda. Ini bagus utk perkembangan mereka.
2. Cuba letakkan mainan atau barang yg boleh menarik minat si kecil. Misalnya,
itik getah yg boleh terapung. Ini boleh membuatkan si kecil enjoy.
3. Cuba mandi bersama si kecil, dgn cara ini mereka akan berasa lebih selamat.
4. Kalau nak mandikan si kecil dlm bath tab, letakkan buih.
Ini pasti akan menarik minat si kecil.
5. JANGAN sesekali memaksa si kecil masuk ke dalam air. Ini boleh membuatkan
si kecil semakin takut. Gunakan pujukan, bawa si kecil bermain air di bahagian
tepi dahulu. Lets them enjoy theirself 1st.
6. Pilih pelampung yg mampu menarik minat si kecil. Terdapat sesetengah kanak2
takutkan pelampung yg bercorak haiwan seperti buaya @ itk. Jd cuba pilih
pelampung yg berwarna-warni @ bercorak abstract.
7. Anda juga boleh cube bercerita kepada anak anda ttg keseronokan bermain air.
Ini dapat membantu mereka agar lebih yakin.

Tapi, dalam berseronokan bermain air, langkah keselamatan jgn diabaikan.
Ini ada beberapa langkah keselamatan yg perlu diberi perhatian.

1. JANGAN sekali2 membiarkan anak anda bermain air tanpa pengawasan org dewasa.
2. PASTIKAN anak anda memakai pelampung serta tidak bermain di kawasan air dalam.
3. Ajar anak anda agar mereka mandi di kolam yg dikhaskan untuk kanak2 sahaja.
4. Sediakan pelampung yg bersesuaian mengikut umur mereka.
5. JANGAN biarkan anak anda bermain air terlalu lama. Ini boleh menyebabkan mereka kesejukan serta tidak baik untuk kesihatan mereka.

Akhir sekali, thanks to all penaja untuk contest nie:-





4 comments:

  1. AziE-rAh,
    very2 d sorry.. tak menepati syarat no1.. azie jd follower on 16/8/2009.
    maaf ya..
    btw, Imran memang very friendly dgn air..

    meh lah masuk giveaway yg ini..
    http://anakkusayang.com/blog/contest/contest-ramadhan-syawal-anak-anak

    ReplyDelete
  2. Its ok. Mmg dh plan sgt nak masuk. Just for fun. Anyway selamat berkenalan.

    ReplyDelete
  3. fyi, kakyong UP kan ur foto, tp utk memeriahkan jer yer.. xde penilaian..

    thanks anyway.. & salam perkenalan too.. :D

    ReplyDelete
  4. Owh yer ker? Thanks a lot kak yong...

    ReplyDelete

Feel Free To Leave Your Comment Lor....