Monday, November 9, 2009

MomBloggersPlanet- Cutest Baby In Nature Contest

Sekali lagi saya nak join contest anjuran MomBloggersPlanet.
And tema utk bln nie ialah Cutest Baby in Nature..
Sgt2 le menarik sbb tema kali ni lain skit iaitu Alam Semulajadi.

Hurm, sesuatu yg mmg patut didedahkan kpd si kecil.
Kalau kwn2 yg lain nk join, jom la. Click jer gambar kat bawah tu. X pun gambar yg tertempek kat sidebar. Semua info ttg contest nie ada kat situ key.

Inilah dia my little prince a.k.a peserta yg terus berusaha utk merebut gelaran
Cutest Baby anjuran MomBloggersPlanet..
"Chaiyok.. Chaiyok Imran"

Nama : Muhammad Ali Imran B Mohd Subky
D.O.B : 26 Okt 2008

Masa nie saya & hubby bawa Imran jalan2 kat Tasik Permaisuri. Actually nk ke umah MIL, saje singgah jp. Imran mmg suka sgt bila bawa ke taman mcm nie. Dia suka bila dpt bebas, dpt jln atas rumput yg menghijau.. Tambah plak nampak ada ramai kawan... Selalunya peluang mcm nie dpt masa cuti hujung minggu jer lah.. Walaupun sekejap, tp puas. Dpt meluangkan masa bersama Imran. Happy sgt bila tgk dia excited..

Kebaikan-kebaikan membawa anak2 melakukan aktiviti outdoor

Okey. Pd pendapat saya, dgn membawa si kecil keluar melakukan outdoor aktiviti kita dpt mendedahkannya kpd perkara2 baru yg sememangnya x terdapat dlm rumah @ sekitar kawasan rumah. Ini dapat membantu otak mereka berkembang dgn lebih produktif & kreatif, Selain itu aktiviti ini juga dpt membantu mengembangkan otak mereka dgn mengenali serta mempelajari pelbagai benda baru.

Si kecil juga dpt mempelajari sesuatu yg baru. Contohnya, dia dapat mengenali apa itu rama-rama, burung, pokok, rumput, bunga.. Malah kita dapat memupuk sifat ingin tahu dlm diri si kecil. X der lah dia asyik tgk bangunan yg tinggi2 @ kawasan permainan yg canggih di zaman skrg nie.

Keadaan persekitaran yg menghijau & bersih juga dpt meningkatkan lagi pengaliran oksigen ke otak mereka. Yg mana secara x langsung mengaktifkan lagi sistem rangsangan minda mereka utk berimaginasi ttg keadaan sekeliling. Si kecil juga dapat meneroka dgn lebih luas, dan dgn ini pembelajaran juga dpt terbentuk di mana mereka secara fizikal dpt merasa & mengenali tumbuh- tumbuhan, serangga, unggas dan sbgnya.

Bunga-bunga yg berkembang cantik dgn pelbagai warna yg menarik dpt membuatkan si kecil tertarik utk mendapatkannya. Ini dpt memupuk rasa cinta & menghargai sesuatu yg cantik dipandangan mata. Ia juga dpt membantu si kecil mengenali dgn lebih dekat ttg kehidupan lain. Jadi, x derlah hanya kenal melalui gambar pada buku jer...

And the most important thing ialah kita dpt bersama2 meluangkan masa utk bermain bersama mereka. Saat-saat mcm nilah kita dapat merapatkan lagi kasih sayang dgn mereka. Malah dpt hilang segala tekanan kerja bila tengok si kecil ketawa dgn riang.

And last but not least, thanks a lot kepada para penganjur dan penaja utk contest ini :-


**********************************************************************************


1 comment:

Feel Free To Leave Your Comment Lor....