Wednesday, December 22, 2010

Kini Sudah 3 Tahun Kami Hidup Bersama

Syukur Alhamdulillah.. Hari ini usia perkahwinanku dan suami sudah pun menjejakkan kaki ke angka 3 tahun. Tahniah buat kami berdua :) Rasa macam baru semalam jer kami diijab kabulkan.

Alhamdulillah… Aku bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang suami yang sempurna di mata hatiku... Dialah peneman hidupku dan ayah kepada anak-anakku (Ali Imran & Alif Irfan)...

“Ya Allah , Tuhan yang menyatukan dua hati kami, Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain, sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah R.A.

Syukur Ya Allah...Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, bahagiakanlah keluarga kami. Berikanlah perasaan cinta-mencintai, saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi di antara kami sekeluarga. Ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah, jika kami dipanggil olehMu, tempatkanlah kami di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, temukanlah kami di syurgaMu Ya Allah. Syurga yang paling istimewa Ya Allah. Syurga Firdaus. Ameen!”

Abang,

Thanks a lot kerana membahagiakan hidup sayang, malah rasa kasih dan sayang kita semakin bertambah dengan kehadiran dua orang putera kecil (Ali Imran & Alif Irfan) dalam hidup kita. Malah kehadiran mereka dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita berdua.

Mudah-mudahan masjid yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah sentiasa memberkati kita dan melindungi rumahtangga kita… Amin

“CINTA ITU INDAH BILA BERSAMAMU DUHAI SUAMIKU…”

Saat kami sah bergelar suami isteri (22 Dec 2007)

Majlis persandingan sebelah perempuan (23 Dec 2007)

Majlis persandingan sebelah lelaki (29 Dec 2007)

Our family.... Love you all..

4 comments:

Feel Free To Leave Your Comment Lor....