Thursday, September 3, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with BOTTLE Contest

"Cutest Baby with BOTTLE"
Haaa... Itula tema untuk Contest anjuran mombloggersplanet
bagi bulan September '09...
Contest starts from 1st to 15th September 2009
Okey, boleh dikatakan semua bayi & kanak2 minum susu menggunakan botol susukan?
Ada yang masih menggunakan botol susu sampai umur 6 tahun..
So, senang jer. Just take a few picture. Boleh simpan buat kenangan...
And dalam masa yg sama boleh join CONTEST nie..

Kenapa botol?
Okey, kali nie tema botol sebab mombloggersplanet sekarang sedang promote botol susu yang lebih selamat digunakan oleh bayi & kanak2...
Salah satu Kempen Keselamatan Bayi & Kanak-Kanak...
Baguskan? Disamping menyertai Contest nie, para ibu dapat berkongsi tips2 untuk memastikan keselamatan anak2 kita sewaktu minum susu...
Tips nie pasti berguna untuk new mom & mom to be kan??

Okey, kepada sesiapa yg berminat nak join this Contest,
klik jer kat SINI and follow a few step kat situ.
Mungkin hadiah2 kat bawah nie bakal menjadi milik anda...
Atau mungkinkah milik saya??? Hehehe...




Menarikkan hadiah2 nya.. ?
Hadiah-hadiah yg best ni adalah tajaan:-


Okey, back to the contest...Ini merupakan gambar Imran yang sempat di capture masa dia tengah minum susu...


Nama Penuh: Muhammad Ali Imran Bin Mohd Subky
Nama Timangan: Imran
Tarikh Lahir: 26 Oktober 2008

Zaman sekarang dah semakin moden, semakin canggih... Tak macam masa zaman kita kanak2 dulu. Botol susu sekarang nie pun kalau kita tengok kat pasaran dah ada macam2 brand. Saya pun dulu sampai pening nak pilih brand yg mana utk Imran. Yelah, setiap ibubapa pasti inginkan yg terbaik untuk anak mereka. Saya pun nak yg terbaik utk Imran. So, rasanya tak salah kalau kita beli botol susu yg mempunyai brand sekiranya kita berkemampuan. Tp bagi yg tak berkemampuan, still boleh gunakan botol susu yg biasa. Just pastikan botol tu Bisphenol-A (BPA) free . Ini adalah untuk melindungi bayi dari minum menggunakan botol susu plastik yang mudah terhakis zarah-zarah plastiknya (kemudian masuk dalam susu). Ish.. takut dengar kan...? Sebab nak dapatkan keuntungan lebih,mereka ni tak peduli sama ada bahan2 yg digunakan utk membuat botol susu itu selamat @ tidak. Bagi bayi yg sensitive, dapatkan botol susu yg mempunyai anti-colic. Ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi sakit perut.

Walau apa juga brand botol susu yang kita beli untuk kegunaan bayi kita, pastikan kita tidak membiarkan mereka minum susu seorg diri. And jangan sesekali bagi bayi kita minum susu, kemudian kita sendal botol tersebut dengan bantal @ kain lalu kita pergi membuat kerja lain.. kita pergi mandi or basuh baju... Biar jer bayi minum sendiri tanpa pengawasan org dewasa. Bahaya! And ingat, jangan sesekali membiarkan anak anda minum susu di dalam buaian tanpa pengawasan!

Terdapat banyak kes kematian bayi yg berpunca drpd tersedak susu. Sebab tu la sekarang nie terdapat juga pelbagai jenis puting yg dihasilkan bg mengelakkan bayi tersedak susu. Pemilihan puting botol susu juga penting. Pastikan lubangnya tidak terlalu besar, bila ditunggangkan botol susu, susu dah terpancut keluar dgn laju. Bahaya untuk bayi kecil yg blm pandai mengawal pernafasan mereka.

Langkah yg terbaik sewaktu nak susukan bayi:-

* Masa nak menyusukan bayi... Ampukan kepala bayi, kalau boleh biar tinggi sikit...Jgn baringkan terus.

* lepas bayi menyusu, tegakkan sikit badan dia. Biarkan kedudukan tu dalam sekurang2nya 3-5 minit. Jadi, apa yang dia minum..dapat masuk betul2.

* kemudian gosokkan @ tepuk secara perlahan2 belakang badan bayi, sehingga bunyi sendawa (burp). Ini penting kerana terdapat satu kes di mana seorg ibu yang tidak menepuk belakang badan bayinya dipercayai menjadi punca bayinya tersedak susu diminum sebelum mati tercekik.

Terdapat 3 cara utk sendawakan bayi:

1- Sandarkan bayi anda pd bahu & ampu punggungnya dgn lengan anda sementara tangan yg sebelah lg gosok belakang bayi. Ini merupakan cara yg biasa and paling mudah utk sendawakan bayi.

2- Dudukkan bayi anda dgn merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.

3- Letakkan bayi anda dgn mukanya menghadap riba anda & gosokkan belakangnya.

* Bagi bayi yg biasa tersedak, anda juga boleh membiasakan dia tidur meniarap. Ini dapat mengelakkan susu yg terjeluak tu masuk ke hidung.

Kebersihan botol susu juga perlu dititik beratkan. Pastikan botol susu bayi anda sentiasa dicuci bersih, rebus dgn menggunakan air panas. Paling penting ialah bahagian puting. Pastikan anda kerap menukar puting botol susu anak anda bagi menjamin kebersihannya. Ini adalah kerana bayi belum mempunyai antibody yg kuat untuk melawan kuman yg ada. Pastikan juga tangan anda dicuci dgn bersih sebelum membancuh susu untuk bayi anda.

**********************************************************************************


No comments:

Post a Comment

Feel Free To Leave Your Comment Lor....