
Friday, February 27, 2009
Jgn Beli Coke @ Pepsi..
Disampaikan oleh seorang sahabat.....
Assalamualaikum kengkawan...
last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita...
dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana
setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.
Allahuakbar!
I have Been Tagged by Ladydearena
002. Nickname(s)→ Azie, Azirah
Mana soalan no 003???
004. Zodiac sign → Taurus
005. Male or female → Female
006. Elementary → Sekolah tadika kat Kluang, Johor
007. Middle School → SK Pmtg Bertam
008. High School → SMKA (P) Almashoor, Sm Teknik Butterworth
009. College School → PSA
010. Hair color → Black, i think la..
011. Long or short → Middle.. hehehe...
012. Loud or Quiet → Both
013. Sweats or Jeans → Jeans
014. Phone or Camera → Phone!!
015. Health freak → No...
016. Drink or Smoke? → Sure la tak...
017. Do you have a crush on someone? → Yes.. my hubby la.. :)
018. Eat or Drink → both... blh?
019. Piercings → Ears
020. Tattoos → Never...
FIRST:
Soalan 021 & 022???
023. First piercing → masa kecik lg... erm... umur 8 thn rasanya...
024. First best friend → entah la...
025. First award → Award yg tak leh lupa masa umur 12 thn.. juara merentas desa..
026. First crush → Buku memori tu dh buang la....
027. First pet → Tak der rasanya..
028. First big vacation → Genting Highlands.. time study dulu...
030. First big birthday → Tak pernah ada.. huhuhu... tp junior prnh wat supprise sekali kat PSA.
Terharunya...
CURRENTLY:
031 sampai 048????
049. Eating → Aper- aper jer...
050. Drinking → Ice lemon tea
051. I'm about to → do my work.. kat opis lor...
053. Listening to → bunyi keypad... hahaha...
054. Plans for today → Mlm nie nak pi ambik my baby.. rindu nyer...
055. Waiting for → Naik gaji, bonus lebih, harga tol turun balik, erm... nak pergi bercuti la.. tension nie...
YOUR FUTURE:
056 & 057???
058. Want kids? → Sure.. tp bg baby ni bsr sikit dulu..
059. Want to get married? → dah kawin pon...
060. Careers in mind → Keje yg lbh bagus, lbh dkt dgn umah...
WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
061 - 067????
068. Lips or eyes → both...
070. Shorter or taller? → Husband mmg tinggi pun...
072. Romantic or spontaneous → Dlm sesetgh hal hope he is romantic.. and spontaneous.
073. Nice stomach or nice arms → Arms..
074. Sensitive or loud→ entah...
075. Hook-up or relationship → relationship laa..
076. Trouble maker or hesitant → sure la not trouble maker.
HAVE YOU EVER:
077 - 079????
080. Lost glasses/contacts → No
081. Ran away from home → Never..
082. Held a gun/knife for self defense → No
083. Killed somebody → OMG.. No...
084. Broken someone's heart → Hmm... pernah kot.. dah hati tak berkenan.. Sorry la erk.
085. Been arrested → No.. budak baik.. hehehehe...
087. Cried when someone died → yaaa... last year.. nenek meninggal.
DO YOU BELIEVE IN:
Soalan 088???
089. Yourself → yes..!
090. Miracles → yes..
091. Love at first sight → Yes..
092. Heaven → yes..
093. Santa Claus → Ader ker? Maskot jer yg ada.
094. Tooth Fairy→ No...
095. Kiss on the first date → NO..
ANSWER TRUTHFULLY:
Soalan 096???
097. Is there one person you want to be with right now → Yes!
098. Are you seriously happy with where you are in life → Yes!
099. Do you believe in God → Yes..
100. Post as 100 truths and tag 20 people→ 20 org.. sorry la tak cukup korum..
I tag Pn Suri jer.. hehehe... Sorry Pn Suri... :)
Thursday, February 26, 2009
Ayat- Ayat Cinta
Ayat Ayat Cinta
Maafkan bila ku tak sempurna
Bila bahagia mulai menyentuh
Bila keyakinanku datang
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud
Atasi Tekanan Anda..
Bila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), x kira kecil ataupun besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda.
Cuba fahami unsur-unsur utama yg boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Ubah tekanan anda kepada satu "motivator"dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Wednesday, February 25, 2009
@ Sungai Congkak...
Cuba perhatikan betul2.. ada batu2 kecil yg disusun tinggi kat tgh2 tue... very nice
Siap ader tapak khemah lagi.. banyak zon plak tue...
yang nie plak dia punyer chalet... salah satu yg ada la...
hrmm... yg nie tapak utk BBQ.. senang kan...
Ada lagi picture yg cantik kat sana.. tp dlm komputer husband la... nnt jer la aku upload lain..
Just For Fun
Ader ker org buat mcm nie??
Ouch... kalau la betul.. sure dh kena saman saper yg buat gelongsor nie
hahaha... muka sapa yg mcm nie?
Hrmmmm... anak saper la nie...
Sah Aku Tgh Tensen...
aku telah disahkan tensen yg teramat...
tp blm kritikal lagi erk..
hahahaha...
why? knp aku ckp cam tue?
well.. begini citernya...
lunch time td.. disebabkan aku tensen+mls nk dok kt opis...
aku pun kuar ke umah mak mertua aku...
nak tgk anak aku.... Muhammad Ali Imran...
actually dekat jer dr opis aku nie...
aku pun slowly drive kete aku...
otak ntah melayang ke mana...
tiba2....
eh.. nie jln nk balik umah aku.
bkn nak ke umah mak mertua aku...
Ya Allah.... aku dh salah jln lor...
haiii... naper ngan aku nie...
so, terpaksa la aku main pusing jalan jauh....
hahahaha... pada muka...
disebabkan hal ini maka aku mmg disahkan tensen...
huhuhuhu....
Argh... Tensen..Tensen Sungguh...
Tuesday, February 24, 2009
Aksi- aksi Yang Mencuit Hati...
1st Day In Baby Walker...
My Baby Kena Inject...
Location : Klinik Nik Suzet
Date : 21 February 2009
Time : 10:50 am
Latest Weight : 6 kg
Klinik Nik Suzet... Tempat di mana Ali Imran kena cucuk...
Di sinilah Imran menjadi Hero... Yeah...!
Here is my Hero... Siap jd model majalah tue..
Time baru sampai klinik.. Ceria sentiasa..
Nie bkn nangis nak kena cucuk @ dh kena cucuk.. tapi sebab dia dh ngantuk...
Last Saturday, 21st Feb 2009 get his 3 months injection...
cian anak mama..tp mama tau sayang mama nie kuat..
sayang mama nie sikit pun tak nangis..
bagus betul anak mama nie..
alhamdulillah...
Friday, February 20, 2009
Geng; Pengembaraan Bermula
Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
Betul... Betul.. Betul...
Dh tgk filem 3D made in Malaysia; Geng: Pengembaraan Bermula? Kalau blm tgk, baik cpt2 pergi tgk... Tp jgn plak pi tonton Geng kat panggung kalau pergi sorg2... Bawa kawan² tengok sekali, baru layan. Gelak sakan sama² barulah best. Sebab filem animasi ni best, jadi gelak pun bestlah hahahahaha....
Actually aku dh tgk masa ari pertama filem nie ditayangkan... tp sorry la bru ari nie blh post ttg citer nie... mmg best la.. puas ati... walau pun di hujung citer ni cam dh tak brapa best sbb dh byk sgt masuk unsur2 yg sukar diterima dek akal... Tp yg best nya... ada satu part tue.. upin, ipin & rajoo nmpk sekor binatang ganjil (opet) bwa durian kt blkg semak, so upin cakap la "eh.. apa tue?"... Tiba2 ada sorg budak kat dlm panggung tu jwb.. "durian la...." hahahaha... apa lagi... satu panggung pulun gelak dgr jawapan budak tue... nampak sgt bdk tu betul2 tgk citer nie kan... walau apa pun aku mmg puas ati...
Sinopsis
Animasi ini mengisahkan Badrul yang pulang ke kampung dan mendapati kampungnya sedang berhadapan dengan satu kejadian misteri. Misteri kehilangan durian dikampungnya itu dikaitkan dengan kewujudan "hantu durian". Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.
Bersama sahabat baiknya Lim, mereka yang pada mulanya tak mengendahkan soal kewujudan "hantu durian" itu, terpaksa terlibat dalam satu kes penyiasatan apabila tiga orang kanak-kanak yang turut bersama mereka (Upin, Ipin- yang nakal dan Rajoo- yg blh komunikasi dgn haiwan) tersesat didalam hutan. Bersama Ros (si jelita kampung), mereka bertiga membantu mencari kanak-kanak tersebut, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri. Tanpa menyedari yang mereka sebenarnya berhadapan dengan sindiket menyeludup haiwan eksotik yang dilakukan oleh sekumpulan pemburu haram.
Watak dan Perwatakan
Badrol (Izwan)
Seorg bdk yg bersahaja, suka bersenang- senang serta suka bertindak ikut gerak hati. Badrol suka berlagak macho and berani. Sewaktu kecil dia tinggal di kampung dgn atuknya.. tok dalang. Dah besar dia dok KL dgn mak ayah dia. Setelah berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung.
Bdk yg paling pintar & lbh byk buat pertimbangan & perancangan berbanding yg lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia suka bawa alatan yg tak penting. Ini juga menbuatkan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Bdk kecik yg cergas, periang, mesra & jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya ‘Sapyyy’. Dia gemar menyanyi & menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain2 tak percayakan dia.
Gadis paling jelita di kampung tapi dia tak selurus yg disangka. Dia kena tlg neneknya jual snek sambil menjaga adik-adiknya yg suka melibatkan diri mereka dlm masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering membuatkan dia marah.
Adik-beradik kembar botak yg suka berkeliaran dgn kaki ayam, sambil mencari keseronokan di mana saja mereka ada. Sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal & degil. Upinlah yang lebih tua & ada sehelai rambut pada kepalanya. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi "s".
Macam nak pecah perut!
Cerita diorang ni memang buat panggung tak berhenti ngan bunyi orang ketawa. Macam nak pecah perut gelak sepanjang cerita ni. Tapi rasa cam watak utama cerita ni Rajoo. Juga Oopet, iaitu sejenis haiwan yg blh memahami bahasa manusia. Upin & Ipin agak tenggelam, tapi telatah & celoteh diorang berjaya mencuit hati penonton. Kalau takde Upin & Ipin suram rasanya filem Geng tu nanti. Tapi aku suka watak Rajoo hoho. "Sapyyyy..Go!".. Mula ula aku expect semua geng upin ipin la ada kan, fizi semua. tak sangka pulak tiba tiba ada watak cucu tok dalang ni huhu. Rajoo ni memang kelakar tersangat. Blh cakap dgn haiwan plak tue... Dialog dia yg tak leh lupa - Ayoyo Ipin, jangan!! Fikir masa depan!! And lg satu.. "Sapyyyyy.. Go!" Hahaha. (tak mampu nak cerita betapa lawaknya cerita ni - korang kena tengok sendiri la!)
Keberkatan Sumber Rezeki

Sebenarnya murah rezeki ni tak derla dapat duit yg lbh dari biasa. Kalau sihat tubuh badan... jauh dari bala bencana pun blh dikatakan murah rezeki juga. Betul tak? Yang penting kita kenalah sentiasa bersyukur dgn apa yg ada... Bayangkan lah... kalau gaji tinggi, tp asyik sakit jer... sakit kronik plak tue... kena ulang alik hospital selalu... bil perubataan pun mahal. Tak bermakna juga gaji tinggi kan...? Murah rezeki bererti kita hidup selesa, x der utang, makan minum pun cukup dan kita sentiasa redha dgn apa yg ada.
16:71. Dan Allah melebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki; tetapi orang-orang yang dilebihkan tidak akan menyerahkan rezeki mereka kepada apa yang tangan-tangan kanan mereka memiliki supaya mereka menjadi sama. Apa, dan adakah mereka menyangkal rahmat Allah?
Cuba kita tgk, org kaya.. hidup dia btl2 tenang ker? Betul2 aman ker? Mcm mana nak tenang.. nak aman... kejap2 org call kata kat sini ada masalah.. kat situ pun blm settle.. hati mula tak tenang... nak rehat pun tak sempat... apatah lagi ibadah...dah terabai. Bila ini terjadi adakah rezeki menjadi berkat? Dah tentu tak kan? And percayalah bila rezeki tak berkat, duit berjuta- juta pun tak kan pernah cukup...
29:17. Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah, dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
So pesanan utk kawan2 and diriku sendiri sebenarnya... Sentiasalah bersyukur dgn apa yg ada... Tak perlu la kaya smpai blh timbul riak. Yg penting hidup kita senang and bahagia.... InsyaAllah...
T.A.G by warnawarnisuri.blogspot.com

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
I think no... cause my parents never talk about that...
4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
hehehe... macam bodek la plak erk... :)
26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
33. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
42. FAVOURITE SOUND(S)?
46. WHERE WERE YOU BORN?
Atas tilam... ehh.. yer ker? Entah la... Tp kat Pasir Gebu... Tau ker kat mane?
Buat masa skrg... just for Diana... (ladydearena.blogspot.com)
Thursday, February 5, 2009
Mari berzikir, bersihkan hati..

Erm... ini jawapannya ( i found it from internet)... Marilah kita sama2 renungkan serta amalkannya...
Cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup ialah:
- Selalu mengingati (zikir) Allah. Dgn berzikir hati akan terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan serta emosi.
- Hati ini haruslah sentiasa kita gunakan bg merenung & mengkaji ayat @ tanda kekuasaan Allah dlm setiap perkara. Biarkanlah hati menterjemah hikmah drpd segala sesuatu di sekeliling kita. Dgn hikmah yg kita dpt, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.
- Berusaha agar diri terus beribadat dgn ibadat yg terbaik krn ibadat yg khusyuk menghasilkan kekuatan yg begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.
Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari."
Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
"Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
Surah 7: Al A’raf, Ayat 205
"Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
Surah 3: Al Imran Ayat 191
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak. "
Wednesday, February 4, 2009
Roda Kehidupan
Hidup ibarat roda, kadangkala kita akan berada di atas..
Kadangkala kita akan berada dibawah..
Ada juga yg cakap kehidupan ini juga ibarat kain putih yang telah diwarnai dengan pelbagai warna.
Bagaimana ia diwarnakan @ dicorakkan? Bergantung pada ibubapa serta diri kita sendiri...
Sometimes... Bila kita ada kat atas pun kita x segembira org yg berada di bawah..
Kenapa yer??
Mungkin kerana kita tidak menjaga kebajikan orang lain dan perkara-perkara yang sepatutnya kita jaga seperti solat, puasa, zakat, aktiviti kita seharian dan sebagainya.
Tp walaupun satu ketika tue kita ada di bawah kita tetap bahagia... ini adalah kerana kita dilengkapi dgn keperluan agama yang dituntut. Kita melaksanakan segala perintah yg dituntut oleh Allah SWT.
Namun kadangkala kita berada di tengah-tengah di mana bermacam jenis warna mewarnai kehidupan kita.
Kadang2 kita gembira... kadang2 kita berduka serta susah...
Sebagai manusia biasa, kita seringkali alfa.. terlupa utk melaksanakan segala tanggungjawab yg tlh Allah berikan pd kita...
Kita perlu sentiasa bersedia untuk berada di bawah dan jangan terlalu excited bila berada di atas, kerana sudah pasti kita takkan terus kekal di atas...
Kehidupan kita nie mmg mcm roda... tak stabil, sentiasa akan bergoyang, kalau tidak banyak, sedikit. Memang sudah menjadi lumrahnya.
Marilah kita bersama-sama mengatur laluan roda kehidupan kita, semoga stabil dan tidak melalui jalan2 kotor...
Mcm org besar...
Ali Imran Meniarap...
Gmbr ni my husband ambik masa ari ahad yg lps (01/02/09). Our baby dok try meniarap..
Akikah & Potong Jambul Muhammad Ali Imran
Tarikh : 25 Jan 2009
Pak Ngah, Mak Ngah & Pak Su dia pn turut memeriahkan majlis.
Bahan2 yg perlu disediakan sblm majlis bermula...
Limau, Cupcake, Telur Pindang & Gula2 utk tetamu yg hadir.
Imran bersama atuknya selepas majlis.